Artis / Selebriti
” Suara abang, adik, ayah dan anak arwah Siti Sarah mampu gegar dunia muzik.. ” – Komen Netizen
Video abang dan adik arwah Siti Sarah Raissuddin berduet menyanyi lagu Aris Ariwatan, Cinta Tak Kenal Siapa raih pujian warganet. Wah padu lah suara dua-dua, memang satu family ada bakat menyanyi..
Meninjau di akaun TikTok milik cikdiamond123, telah dikongsikan video yang memaparkan abang dan adik arwah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin sedang menyanyi. Menerusi video itu, abang dan adik arwah Siti Sarah bernama Ahmad Firdous dan Ahmad Yazeed menyanyikan lagu bertajuk Cinta Tak Kenal Siapa, nyanyian asal Aris Ariwatan.
Video ini dirakamkan ketika Shuib membuat live ketika mereka sekeluarga berkumpul beramai-ramai. Pada awalnya, kelihatan Yazeed memulakan dahulu menyanyi dan selepas itu disambung pula oleh Firdous. Sesekali kedengaran suara isteri Shuib iaitu Watie dan anak-anak.
Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara ahli keluarga arwah Siti Sarah semuannya sedap didengar dan mampu menggegarkan dunia muzik jika mereka bergabung. Sehingga kini, video nyanyian adik-beradik arwah Siti Sarah ini ditonton lebih lebih 13 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.

Walaupun Firdous dan Yazeed hanya menyanyi dalam keadaan santai sahaja, namun nyanyian mereka sampai ke hati pendengar. Benar lah adik-beradik arwah Siti Sarah juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian seperti arwah Siti Sarah dan ayah mereka, Raissuddin Hamzah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikdiamond123 Sedap suara abang dan adik arwah Siti Sarah.. #sitisarah #sitisarahraissuddin
Di ruangan komen, ada yang memberikan emoji suka dan memberikan kata-kata pujian. Antara komen yang dapat kami kongsikan :
” Suara Abang Siti, Adik Lelaki, Ayah Raisuddin, Thalita Mampu Gegar Dunia Muzik.. Semoga Thalita Belajar Rajin, Dedikasi, Teguh, Sabar, Happy & Sentiasa Ceria/Ketawa Selalu.. “
Bagi yang mengikuti Shuib di akaun TikTok, pasti mengetahui Shuib sering berkongsi video live anak perempuannya, Talita sedang berlatih menyanyi. Nyanyian Talita itu sering mendapat pujian ramai dan ada juga yang mengatakan suara Talita seperti arwah ibunya.

Talita juga mendapat tawaran daripada Radio Era untuk membuat persembahan di Bukit Bintang pada malam ini. Apa-apa pun, semoga segala urusan Talita akan dipermudahkan dan tidak lupa juga kepada arwah Siti Sarah. Semoga arwah tenang di sana serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikdiamond123, zatymael_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

