Artis / Selebriti
” Suara dia terlalu classy dan mahal, sedap betul dengar.. ” – Komen Netizen
Video Fauziah Latiff menyanyikan kembali lagu lamanya bertajuk Tua Mengejar Kita dan Dia buat ramai terpukau. Wah sedapnya suara Fauziah, maintain je dari dulu..
Sebut sahaja nama penyanyi legenda, Fauziah Latiff, pasti ramai yang terus terbayangkan suara lunak dan lagu-lagu malar segarnya yang masih kekal relevan hingga ke hari ini. Antara karya yang pernah mencuri hati peminat termasuk Teratai Layu di Tasik Madu, Dia dan Setia Kukorbankan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik ideatelier.co, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Fauziah Latiff menyampaikan dua buah lagu secara santai, namun penuh penghayatan. Walaupun hanya melalui rakaman ringkas, aura dan karisma beliau tetap jelas terserlah.
Menerusi video pertama, Fauziah menyanyikan lagu berjudul Tua Mengejar Kita dengan penuh emosi sehingga menusuk ke perasaan. Alunan suara matang yang dimilikinya nyata mampu menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang mendengar. Sementara itu, menerusi video kedua pula, Fauziah membawakan lagu popularnya, Dia.

Dua buah lagu ini sememangnya dekat di hati peminat sejak sekian lama. Nyanyian tersebut mengundang rasa nostalgia dan mengimbau kembali kenangan manis para peminat terhadap perjalanan seni Fauziah. Difahamkan dua video ini adalah merupakan promosi konsert solo Fauziah yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video nyanyian Fauziah ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suara dia terlalu classy dan mahal, sedap betul dengar.. Tak sabar lah nak dengar Kak Gee menyanyi di konsert nanti.. “
” Amazing.. Maintain sedap weh suara dia macam muda2 dulu.. Suara dia memang lain daripada penyanyi lain, tone dia memang sedapppp sangat.. “
” Alhamdulillah…That one legendary voice, is back.. Tak sabar nak gi konsert nihh.. Rindu sangat2 dengan suara penyanyi seorang ni.. “
” My goodness! Her voice loveeee.. It would it great to listen to her voice and song live in concert at an exclusive hall soon.. “
” Sedapnyaaa suara kak gee..Rugi kalau tak pergi ni.. Entah first n last konsert dari kak gee.. Lets gooooo semuaaa.. “
” Speechless ni. Tak sabar nak sing along n meraung dalam hall.. Love kak gee, rindu sangat2 dengan semua lagu kak gee.. “
” Waduhhh sedapnye suara kak Gee.. Always favourite.. Perfect betul Kak Gee nyanyi.. Sedap merdu sangat2 suara tu.. “
Kehadiran Fauziah Latiff dalam dunia muzik menjadi bukti bahawa bakat sejati tidak pernah lapuk ditelan zaman dan perkongsian video ini juga turut membuatkan peminat setia Fauziah semakin teruja serta tidak sabar menantikan konsert solonya nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ideatelier.co
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

