Artis / Selebriti
” Suara tak berubah. Macam dulu-dulu juga.. ” – Komen Netizen
Elly Mazlein kongsi keadaan terkini pelakon era 80-an, Dharma Harun Al Rashid yang kini menghidap pelbagai penyakit buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Dharma, berbeza sungguh keadaan Dharma sebelum ni. Nampak kurus sangat..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian beberapa buah video yang memaparkan Elly Mazlein melawat pelakon lagenda zaman 80-an iaitu Dharma Harun Al Rashid telah meraih perhatian ramai. Dharma kini sudah berusia 68 tahun.
Apabila melihat akan penampilan terkini Dharma yang sangat susut, Elly amat tersentuh hati. Dharma juga berkongsi akan keadaan terkini yang tidak begitu sihat kerana menghidap gastrik, asma, mengalami bengkak bahagian jantung dan paru-paru serta tiroid.
Namun begitu kedatangan Elly disambut mesra oleh Dharma dan berkongsi pelbagai cerita. Dharma dahulunya banyak membintangi drama dan filem serta sering memegang watak utama kini sudah lama menyepi dari dunia seni akibat kesihatannya.

Perkongsian video -video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ziarah Elly ke rumah Dharma ini dapat mengubati para peminat pelakon ini yang popular suatu ketika dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan Dharma. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tabarakallah. Pelakon hebat dizaman kegemilangannya. Semoga Allah permudahkan urusan Uncle Dharma, diluaskan rezeki & sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah .. “
” Suara itu. Allahu…..smga Allah berikan kebaikkan dan rezeki luarbiasa hebat buat uncle dharma.. semua penyakit tu mmg berkait..so kena pulihkan tyroid dulu baru hok lain ok mcm saya.. “
” Suara tak berubah sangat. Mcm dulu2 juga. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Semoga ada keajaiban diberikan kesembuhan dn kesihatan yang baik.. Insya Allah.. “
” Smp skrg pun wajah bersih Manis..masih segak..Moga Allah kurniakan RahmatNya utk abg dharma.. oo…dia ni ke yg ak kompius dgn jamal abdilah.. “
” Semoga pakcik Dharma di panjangkan umur di murahkan rezeki di sehatkan tubuh badan.Amin saya memang peminat Dhara di era kegemilangan nya.. “
” Semoga beliau… Allah kurniakan kesembuhan dn dmudhkn semua urusan dunia akhirat.. Aamiiin. Mungkin boleh disalurkan sumbangan terus ke akaun bank Pakcik Dharma.. “
” Wlpun dia tgh sakit masih fikir career seni nya .Yelah anak seni ni mmg dalamannya kuat, moga diberi kesihatan yang baik.. “
Elly turut menyerahkan sedikit sumbangan buat Dharma. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dharma Harun Al Rashid sentiasa dipermudahkan urusannya, diberikan kesembuhan terhadap segala sakit yang dihidapinya dan dipanjangkan umur. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

