Artis / Selebriti
” Sweet family, happy birthday Eidrees.. ” – IG InaiJari
Video Dan Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees Bertemakan Animasi Lilo And Stitch. Wah, Meriah Sangat Ala-Ala Beach Party !!
Apabila tibanya ulangtahun kelahiran, pastinya akan diadakan sambutan hari lahir sebagai tanda ingatan dan juga kenangan. Tidak kira sama ada sambutan tersebut diadakan secara kecil atau pun besar-besaran ia bergantung kepada kehendak masing-masing.
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari lahir anak Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees telah dimuatnaik. Tahun ini genaplah usia Eidrees 4 tahun dan terasa begitu pantas masa berlalu dan Eidrees semakin membesar.
Bertemakan kartun animasi Lilo and Stitch, sambutan hari lahir Eidrees ini diadakan di sebuah taman tema air terkemuka iaitu Sunway Lagoon. Tema tersebut sangat bersesuaian dengan suasana tempat yang dipilih untuk majlis Eidrees ini.

Selain menyambut hari lahir, para tetamu yang hadir juga dapat meluangkan masa bermandi manda di sana. Ia juga bertepatan dengan suasana cuti sekolah di mana dapat meluangkan masa bersama keluarga juga. Wah, nampak meriah dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan-rakan.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk video seterusnya.. )
Anzalna juga turut berkongsi beberapa keadaan suasana majlis hari lahir Eidrees di Instastory miliknya. Eidrees juga meluangkan masa bermain dan bermandi manda. Malah tetamu yang hadir juga diberikan cenderahati istimewa.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang keempat tahun buat Mohamad Eidrees. Semoga membesar menjadi anak yang bijak, membanggakan kedua ibubapa dan berjaya di dunia serta di akh1r4t. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir, Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

