Artis / Selebriti
” Sweetnya, ada persamaan pada wajah.. “
Video Emma Maembong Dan Suaminya Buat Ramai Ca1r. Alahai, Nampak Manja Jer Emma !!
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail merupakan seorang model dan pelakon. Namanya mula dikenali ramai ketika membintangi drama bersiri Kau Yang Terindah menerusi watak Munirah. Walaupun tidak memegang watak utama tetapi kerana wajahnya yang cantik telah menarik perhatian ramai.
Emma mempunyai dar4h kacukan Melayu di sebelah bapanya dan Scotland di sebelah ibunya. Jadi tidak hairanlah wajahnya begitu cantik dan jelita. Beliau mempunyai adik-beradik seramai sembilan orang di mana kakak dan juga adiknya turut terlibat dalam dunia seni hiburan.
Emma sering dig0sipkan bercinta dengan beberapa orang pelakon lelaki iaitu Zizan Razak dan Kamal Adli. Namun tiada siapa menyangka akhirnya Emma memilih seorang juruterbang, Shazli Azhar sebagai suaminya. Perkahwinannya ini agak mengej0tkan ramai peminatnya kerana kisah percintaan antara mereka tidak diketahui umum.

Menerusi akaun Instagram, satu video Emma dan suaminya telah dikongsikan. Video yang berdurasi seminit ini menunjukkan Emma kelihatan begitu manja sekali walaupun hanya bersembang. Alahai.. bersemut sungguh pasangan pengantin baru ini !!
Rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen mereka :
” Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke jannah Aamiin… “
” Ada persamaan pada wajah.. “
” Sweet nya emma_maembongofficial.. “
” Sweet nya.. “
Alahai, mestilah Emma sweet dengan suami sendiri kan. Seronok tengok pasangan sama cantik sama padan ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Emma dan suami. Semoga berbahagia selalu dan jodoh berkekalan sehingga akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shukri Kylez Emma, Emma Maembong by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

