Artis / Selebriti
” Sweetnya, love both of you. Tolong jangan sesiapa kacau favourite couple ni eh.. ” – Komen Netizen
Video Siti Hajaar buat kejutan sempena hari lahir MK K-Clique raih perhatian ramai. Wah sweet sangat pasangan ni. Seronok MK bila tengok hadiah yang Hajaar bagi..
Meninjau ke akaun Tiktok Hajaarsiti, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari lahir penyanyi rap popular, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin telah meraih perhatian ramai. Tahun ini genap usia MK 29 tahun.
Majlis ini diatur sendiri oleh isterinya, Siti Hajar sebagai satu kejutan istimewa untuk MK. MK pada mulanya dibawa ke satu tempat dengan matanya ditutup. Apabila matanya dibuka, MK begitu terkejut melihat ramai yang ada berkongsi hari gembira dengannya.
Menerusi video tersebut, kelihatan MK tersenyum gembira di sisi isteri tercinta yang tampil anggun dan cantik. Tetamu yang hadir juga memakai topeng berwajah MK menyambut kehadiran MK dan isterinya dalam majlis tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. MK juga menerima hadiah istimewa daripada si isteri iaitu jambangan bunga dan juga sepasang kasut sukan berwarna kuning.
Jom tonton video di bawah :
@hajaarsitii Bismillah, Alhamdulillah. This is for you and everything for you @MK K-CLIQUE 🤍
Rata-rata netizen memuji kecomelan pasangan tersebut dan memberikan ucapan hari lahir. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tolong jangan sesiapa kacau fav couple ni eh .. Aww !!! Cuwitnyaaaa. Our forever fav duo ! stay cute and crazy in love always lovebirdsss.. “
” Our forever fav duo ! stay cute and crazy in love always lovebirdsss.. Masya allah.. Tabarakallah pasangan yang bahagia.. Suka saya tngok semoga allah panjang kan umur amin.. “
” MashaAllah Alhamdulillah happy belated birthday MK. Semoga pjg jodoh bahagia dgn hajar, aya. Dikurniakan kesihatan yg baik, keberkatan usia, hidup. Sejahtera selalu.. “
” Tiap kali naik video dorng mesti sengeh sorng2 semoga kekal bahagia sampai syurga Aamiin. semoga Allah swt merahmati mu dan keluarga kecil mu. aamiin.. “
” Sweetnyeee love both of you. Moga berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin. Selamat Ulang Tahun hairiwhuut . Semoga Allah swt merahmati kehidupanmu dan memberkati usiamu .. “
” Masya allah.. Tabarakallah pasangan yang bahagia.. Suka saya tngok semoga Allah panjang kan umur amin. semoga kekal bahagia sampai syurga Aamiin.. “
” MashaAllah Alhamdulillah happy belated birthday MK. Semoga pjg jodoh bahagia dgn hajar, aya. Dikurniakan kesihatan yg baik, keberkatan usia, hidup. Sejahtera selalu.. “
Sambutan hari lahir kali ini bukan sahaja menandakan pertambahan usia MK, malah menjadi simbol kepada fasa kehidupan barunya sebagai seorang suami yang kini lebih matang. Selamat hari lahir kami ucapkan kepada MK, semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hajaarsiti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

