Artis / Selebriti
” Tak pakai face mask eh.. ” – Netizen
Kongsi Video Berada Di Luar Tanpa Memakai Face Mask, Datin Alyah Ditegur Oleh Seorang Netizen. Ini Respon Padu Datin Alyah, Tu Lah Lain Kali Tanya Dulu !!
Datin Alyah dikenali sebagai seorang penyanyi yang sinonim dengan muzik genre balada. Kejayaan beberapa single sebelum ini meletakkan Datin Alyah di kelas tersendiri. Meskipun kini dunia industri muzik tanah air dibanj1ri oleh penyanyi baru, nama Datin Alyah tetap utuh dan kekal relevan sehingga hari ini.
Miliki nama penuh sebagai Noor Hasliah Abu Hasan ini, mula bergiat dalam industri seni sejak di usia 19 tahun dan telah mendapat perhatian ramai pada tahun 2008 menerusi lagu hits “Tak Mungkin Kerana Sayang” ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia.
Telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah muzik terkenal, iaitu Dato’ Ramli MS yang berasal dari Singapura pada 2013 dan usia perkahwinan mereka telah pun memasuki 7 tahun. Meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata, pasangan ini kekal hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Terkini, Datin Alyah ada memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia berada di luar sambil berjalan-jalan. Mengenakan pakaian putih, dan skrit labuh hitam, Datin Alyah kelihatan begitu menawan dan elegan sekali malah menampakkan Datin Alyah begitu tinggi dan kurus.
Ikuti perkongsian video itu di bawah ini :
Rata-rata netizen turut memuji Datin Alyah yang begitu cantik dengan mengenakan pakaian seperti itu. Antara komen-komen netizen adalah :
” Vogue sgt isteri Tom Ram nihh.. “
” Cantik2 nak ke mana tu saya suka tengok penampilan akak cantik je.. “
” Sis lawanya pakai cmnie nmpk tinggi … Lawalah.. Habis pkp rajinlah live lagi k.. “
” Cantik nyer cik Jah.. “
” Cantikkkkk Datinnnn.. “
” Datin Alyah81 ,Elegant & Selalu Cantik.. “
” Cantik nya awakk Alyah81 sesuai pakai gitu… “
Namun, walaupun mendapat banyak pujian daripada netizen, Datin Alyah juga menerima satu komen yang telah menegur dirinya berada di luar tanpa memakai ‘face mask’ dan turut mendapat respon oleh Datin Alyah :


Alahai.. Nasib ler Datin Alyah tak mar4h. Respon yang diberikan kepada netizen itu cukup lah baik dan berhemah. Memang terbaik Datin Alyah sebab tidak melent1ng dengan pertanyaan netizen tersebut. Apa-apa pun, kami mendoakan semoga Datin Alyah sentiasa maju jaya selalu. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah Abu Hasan
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

