Artis / Selebriti
” Tak pernah tahu mak voice note lagu ni. Bila dengar sampai habis, tak expect lirik macam tu.. ” – Khai Bahar
Khai Bahar Kongsi Video Voice Note Nyanyian Arwah Maknya Yang Tidak Pernah Dia Tahu Sebelum Ini. Ya Allah, Sayunya Dengar Lirik Mak Khai Ni. Tak Pernah Lupa Anak Kesayangannya Ni, Sebak Sungguh !!
Kehilangan seorang bergelar ibu sesuatu yang sukar untuk dihadapi dan itu lah yang dirasai oleh penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar. Mak Khai yang dikenali sebagai Mak Ros menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 2 Januari yang lalu.
Masih lagi dalam mood bersedih selepas pemergian mak tersayang, Khai kembali berkongsikan satu lagi video yang menyentuh hati ramai warganet. Meninjau akaun Instagram Khai Bahar, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan voice note nyanyian arwah maknya ini bersama salah seorang adik beradik Khai bernama Teha.
Khai tidak pernah tahu mengenai voice note ini dan Teha baru sahaja berkongsikan voice note tersebut. Pada waktu itu, Mak Ros berada di rumah Khai ketika wabak C0v1d-19 menyer4ng negara dan Mak Ros tersangkut di Kuala Lumpur dan tidak dapat pulang ke Perlis.

Membuat lirik sendiri menggunakan irama lagu Spring, Mak Ros meluahkan rasa rindunya terhadap anak-anak dan cucu di Perlis. Namun apakan daya, keadaan tak mengizinkan untuk Mak Ros pulang tetapi Mak Ros bersyukur kerana dia tinggal bersama anak kesayangannya, Khai Bahar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Waktu ni mak duduk rmh khai dkt kl mak tak lepas balik Perlis sbb corona virus, dia buat lirik lagu tu nk bgtahu dia rindu nak balik perlis, rindu anak2 cucu2 dia dekat perlis tapi tak mengapa sebab waktu tu dia duduk rumah anak kesayangan dia. Al-Fatihah mak.. ”
” Alfatihah.. moga Allah bagi kekuatan pada khai dan family. bertemu di syurga nanti insyaAllah.. ”
” Sedihnya, Salam takziah khaibahar94 moga arwah mak di tempatkan di kalangan org org yg solleh al fatihah. terbukti khai anak yang baik dan mak sayang khai.. ”
” Allahhu… Sedihnya… Hanya memori yg tinggal… Yup saya pun x kuat nk dengar balik / tatap whatsaap / pic arwah mak… pasti akan berderai air mata.. kini hanya mampu kirimkan doa kepadanya.. Al Fatihah.. ”
” Sedap suara mak kemana tumpah kuah klau tdak ke nasi. Al fatihah smoga disatukan di syurga nant. ameen salam takziah khai skluarga.. ”
” Allahu sedih ya dgr sora mak tu nyanyi.. kenangan smpi bila-bila. Tetap herol khaibahar94 kesayangan mak… Jangan pernah lepas doa buat mak lepas sholat ye bang… ”
” Simpan kemas² kenangan ni Khai.. Moga Allah sembuhkan segera rasa pedih kehilangan Khai & adik beradik semua.. Buat apa2, ingatlah yg arwah syg sgt² dekat Khai ya.. ”
Voice note yang paling bermakna dan berharga untuk Khai buat masa ini. Tahkala rindu menjengah, hanya suara dan video kenangan bersama mak sahaja yang menjadi pengubat rindu Khai. Semoga mak Khai tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Khai Bahar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



