Artis / Selebriti
” Tak sangka Dekta dapat anugerah suara sama macam ibu. Ibarat suara arwah lahir semula.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu melatih anak perempuannya, Talita menyanyi raih perhatian warganet. Alahai sedapnya Talita menyanyi lagu Wildflower dengan caranya tersendiri. Semakin hari, semakin kedengaran persis suara ibu, touching sungguh..
Meninjau entry di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib Sepahtu bersama anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra. Shuib sedang melatih dan mendengar nyanyian Talita dan situasinya sama seperti yang dilalui oleh arwah Siti Sarah dahulu.
Kata Shuib, dulu Siti Sarah dilatih oleh Raissuddin Hamzah dan kini situasinya sama, yang berubah hanya orangnya sahaja. Shuib menyedari Talita semakin cenderung menunjukkan bakat nyanyiannya dan dari hari ke hari, banyak kemajuan dari segi vokal yang Talita tunjukkan.
Menerusi video perkongsian ini, Talita mendendangkan lagu berjudul Wildflower dendangan asal Billie Eilish. Suara Talita meraih pujian daripada ramai yang menonton video ini. Tone suara dan lenggok Talita mengalunkan lagu ini juga sangat mirip dengan Siti Sarah.

Terdapat juga di kalangan warganet yang sebak mendengar nyanyian oleh Talita itu. Suara Talita mengingatkan mereka kepada Siti Sarah dan seakan mendengar Siti Sarah yang menyanyi. Memetik komen warganet, jika dipejamkan mata dan menghayati nyanyian Talita, memang sama dengan Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap suara mcm arwah. X sangka dekta dpt anugerah suara sme mcm ibu.. Suara arwah lahir semula… we miss you Sarah.. AlFatihah.. “
” Lunak diaaa sama mcm arwah ibu dia.. aku nangis bkali2 dgr suare dikta.. rindukm suara arwah Siti Sarah.. crush girl zaman kanak-kanak.. “
” Suka gile tgk arwah Sarah.. berangan2 nyanyi walaupon suare elokk dipendam selamanya.. now dikta pengubat “rasaa rindu” …. dikta… Aunty doa diktaaa bjaya capai cita2 dikta.. fly high syg.. “
” Sedap suara dia.. gemersik mcm arwah ibu dia.. Dekta nyanyi sepatah je boleh buat sebak. Suara dia ada jiwa. Dia tak perlu try hard atau nyanyi tggi2. Sepatah sebutan dh leh buat tangkap ke hati yg dgr.. “
” Tutup mata Dan dengar baik² sebijik suara arwah ibu dia…coz sy memang peminat setia arwah… Alhamdullillah ada sorang anak perempuan suara ikut arwah ibu dia…terubat rasa rindu ngan suara arwah ibu awak dekta.. “
” Ada style tersendiri, u go girl. Make ibu proud. She’s going to be a great singer just like her ibu.. Sarah junior.. macam dengar Sarah yang menyanyi.. “
” Ternampak-nampak arwah mengajar Dekta, terus menangis.. Sedap suara Dekta. Belajar kelas vokal elok2 mesti dpt jd hebat mcm arwah ibu. Aunty doakan awak berjaya di masa depan. InshaAllah.. “
Allah mengambil ibu buat selama-lamanya tetapi Allah jua meninggalkan suara ibu dalam diri Talita. Suara yang menjadi pengubat rindu semua terhadap Siti Sarah. Teruskan mengasah bakat yang ada Talita dan tanamkan azam dalam diri Talita untuk menjadi sehebat ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

