Artis / Selebriti
” Tak sempat salam tangan bakal mak mertua, dia dah yeay dulu, haha. Wow abang sado.. ” – Netizen
Muatnaik Video Sarung Cincin, Perkongsian Bekas Isteri Shuk Sahar, Rossa Sera Raih Perhatian Ramai. Wah Sera Dah Bertunang Ke Ni. Bukan Main Sado Lagi En Tunang Tu. Kalau Betul, Tahniah Sera !!
Lama tidak mendengar khabar bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera. Kisah Rossa dan Shuk pernah hangat menjadi topik perbincangan netizen dan sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Untuk rekod, perkahwinan mereka dikurniakan dengan 2 orang cahayamata.
Meninjau akaun Instagram Rossa Sera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sera sedang duduk bersama seorang wanita di atas pelamin. Sepertinya itu adalah majlis pertunangan kerana salah satu gambarnya menunjukkan wanita berkenaan menyarungkan sebentuk cincin ke jari Sera.
Sera yang memakai baju kurung berwarna ungu kelihatan gembira sekali. Menerusi video itu, dapat dilihat gambar seorang lelaki yang turut sama memakai kemeja sedondon warnanya dengan Sera. Wajahnya ditutupi dengan emoji, namun menampakkan susuk tubuhnya yang sado.

Tulis Sera di kapsyennya pendek sahaja berbunyi ‘ Assalamualaikum doa yang baik-baik sahaja ‘. Ramai yang menzahirkan rasa gembira dengan perkongsian oleh Sera ini. Ada juga yang tertanya-tanya apakah ini benar atau sekadar gimik semata-mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Sera ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanjiri posting Sera ini dan antara komen-komen yang diberikan :
” Wuuuu congrats Sera.. Alhamdulillah.. happy for you sister.. awak wajib bahagiaa.. badan macam Syuk jugak hehe.. ”
” Alhamdulillah.. semoga berkekalan dan dilayan dgn baik selayaknya hak seorang isteri.. bahagia bersama ank2.. ameen.. ”
” Alhamdulillah tahniah kak.. Semoga dipermudahkan lagi urusan selepas ini. Aaminnn.. yeahhhhh.. ”
” Wow abang sado hehe.. tahniah Sera, Alhamdulillah.. bahagia selalu. semua orang berhak bahagia kan.. ”
” Tahniah sera, semoga sentiasa senyum dan bahagia.. Hopefully bukan marketing kena pinang dgn produk hehe.. ”
” Tak sempat salam tangan bakal mak mertua .. dia dah yeay dlu.. moge bhgia hingga jannah serra.. ”
” Syukur Alhamdulillah.. yeay congrats.. semua semua dipermudahkan untuk Sera.. suka tengok Sera happy macam ni.. ”
Tidak dapat dipastikan sama ada ini benar majlis pertunangan atau sekadar gimik. Walau apa-apa pun, seandainya Sera benar-benar bertunang, tahniah kami ucapkan. Didoakan agar segala perancangan serta urusan Sera selepas ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rossa Sera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



