Artis / Selebriti
” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan menyanyi lagu Stevie Wonder berjudul I Just Called To Say I Love You raih pujian warganet. Alahai bukan kaleng-kaleng lagu Ayash nyanyi, siap dengan menari. Pandai lah Ayash..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan menunjukkan bakat nyanyiannya. Ini bukan lah kali pertama video Ayash menyanyi dikongsikan dan sememangnya Ayash suka menyanyi.
Jika sebelum ini Ayash berebut microphone daripada Thalita, kali ini Ayash dapat memegang microphone tanpa berebut dengan kakaknya itu. Atok Raissuddin juga kelihatan ada bersama Ayash. Mendengar lagu yang dinyanyikan, ianya sebuah lagu English.
Lagu evergreen itu adalah dendangan Stevie Wonder berjudul I Juss Called To Say I Love You. Walaupun Ayash tidak menghafal lirik lagu tersebut tetapi Ayash pandai menyanyi mengikut tempo yang betul. Ayah kelihatan begitu gembira menyanyi sambil menari-nari dan ianya menghiburkan atok Raissuddin yang melihatnya.

Kecil-kecil lagi Ayash sudah menunjukkan bakat seninya nyanyiannya itu. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Darah seni mengalir dalam diri Ayash. Apatah lagi Ayash dikelilingi atok Raissuddin, Thalita, mommy Watie dan daddy Shuib sendiri yang pandai menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eh apasal comel sangat ni Ayash.. minat betul dia menyanyi.. dia boleh ikut rentak tempo tu yang best dengar.. thalita tak dptlah pegang mic pasni hehe.. “
” Pandainya Ayash nyanyi, wow Ayash power lagu evergreen tu Ayash.. makin comel jee kecik kecik cili padi.. “
” Kalau arwah ibu ayash tengok dah pasti ketawa dn bahagia lihat keletah anak bongsu dia.. gaya tu da.. comel macam arwah ibu.. “
” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo.. mantap Ayash, lagu English tu.. kecik kecik dah tunjuk bakat.. “
” Hahhahha series la ayah dh besaq boleh nyanyi dhhh. dh lagu fev aunty tu.. Alaaaa pandai nye dia nyanyi hehehe memang family seni sungguh la deme ni.. “
” Orait Baby A you’ve got the r&b soul train in you – Stevie Wonder yeahhh.. pandai dia ikut tune lagu.. kecil lagi dah nampak ada bakat.. “
” Ishh la geramnya tengok ayash nyanyi. Wahhhh i just call to say i love you lahhh dia. pandainya dia nyanyi ikut rentak lagu tu.. comel siap menari lagi.. “
Semakin besar semakin bijak Ayash dan bakat menyanyinya itu semakin terserlah. Jika digilap bakat yang ada, tidak mustahil Ayash juga akan menjadi seperti Thalita. Apa-apa pun, semoga Ayash sentiasa gembira bersama keluarga dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

