Artis / Selebriti
” Talita menangis menyanyi lagu ibu di Bukit Bintang.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Talita tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah di Bukit Bintang buat ramai sebak. Sedihnya tengok Talita menangis..
Sejak jam 7 malam lagi sudah ramai yang menanti di Bukit Bintang untuk menyaksikan persembahan secara live anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra. Sebagaimana yang dijanjikan, Talita akan membawakan 2 lagu untuk persembahannya malam ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cikdiamond123, telah dikongsikan video ketika Talita mendendangkan lagu hits arwah ibunya, Kesetiaan. Suara Talita memang merdu dan ada kedengaran sedikit gementar. Nyanyiannya cukup bersemangat dan Talita enjoy memperdengarkan suaranya.
Demi memenuhi permintaan penonton, Talita menyanyikan sekali lagi lagu ibunya itu dan kali ini Talita tidak dapat menahan sebaknya. Talita terhenti nyanyiannya dan terus menangis. Shuib segera mendapatkan Talita dan memeluk Talita untuk menenangkan anaknya itu.

Umairah yang turut berada di situ turut memeluk Talita dan membantu Talita untuk sama-sama menyanyi bersama Talita. Sebak melihat Talita seperti ini, wajah atok Raissuddin yang berada di belakang Talita juga kelihatan sebak, namun pastinya dia bangga dengan keberanian Talita pada hari ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikdiamond123 Sebak tengok Talita menangis menyanyi lagu ibu 😭😭 @shuibsepahtu #talita #dekta #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin
Pastinya kerinduan Talita terhadap ibu yang bersarang di hati tidak dapat dibendung. Sebelum menutup persembahannya, Talita meminta satu perkara daripada semua penonton yang hadir. Pinta Talita dia inginkan semua untuk mendoakan arwah ibunya di sana.

Sekiranya Siti Sarah masih ada, pastinya Siti Sarah akan merasa bangga dengan Talita. Jiwa Talita memang jiwa ibu dan Talita juga memberitahu dia mahu menjadi seperti ibunya. Semoga segala perjalanan Talita untuk menjadi bintang bersinar dipermudahkan dan Talita berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ixorra Design
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

