Artis / Selebriti
” Tang speaking yang tak tahan tuh. Macam bertih mulut Jebat.. ” – Netizen
Video Gelagat Jebat Jayden Rancak ‘Bercerita’ Yang Begitu Mencuit Hati. Amboi Bukan Main Riuh Lagi, Cakap Bahasa Apa Tu Jebat. Dengan Tangan-Tangan Semua Naik Sama, Comel Lah Jebat !!
Nama si kecil Jebat Jayden bukan asing lagi. Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini sememangnya mewarisi kecantikan dan ketampanan wajah kedua ibu bapanya ini. Sebagaimana anak selebriti lain, Jebat juga mempunyai ramai peminatnya.
Sudahpun berusia 2 tahun, telatah Jebat sering menceriakan seluruh keluarga. Memiliki wajah yang comel dan suka ketawa dan senyum, membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya jadi ger4m. Baik Nabila sendiri ataupun ahli keluarga yang lain sering berkongsikan video bersama Jebat.
Meninjau akaun Instagram Lovemeorwoome, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jebat yang rancak ‘bercerita’. Seperti biasa, bahasa ‘unik’ Jebat menjadi hiburan dan semua ketawa mendengar ceritanya itu. Turut kedengaran suara neneknya, Datin Kartini di belakang cuba mentafsir apa yang diberitahu Jebat.
Panjang sungguh celoteh Jebat kali ini dan adakalanya terdengar seperti loghat Kelantan. Semakin membesar semakin banyak telatah Jebat ini. Setiap kali dikongsikan video Jebat pasti mendapat likes yang banyak daripada peminat dan tidak pernah tidak menghiburkan.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Jebat yang seronok ‘bercerita’ ini menghiburkan seluruh keluarga dan tidak ketinggalan peminat jua. Antara komen-komen mereka :
” Jebat such a smart storyteller. Comelnya syok la dengar dia bercerita. Macam bertih mulut Jebat.. “
” Eeeee Comey ny potpetpotpet mulut tu amboiii. Masyaallah bahasa apa ni jebat, cuteeeeee larhh adudu.. “
” MasyaAllah… Yang penting bunyi lenggok nya adaaaa… puas dengar apakah butiran. Aduhaiii comey sungguh.. “
” Tang speaking yang tak tahan tuh. Mcm speaking Mandarin jew dengar byk kali.. comelnya Jebat Jayden ni.. “
” Cuba faham words jebat tapi tak penah paham hahahahah. Masya Allah so cute. Bunyi kelate nya ger4m la dgrnya. bakpo la comey nyo Jebat ni.. “
” Macam Baba dialah kot. comel je bebel-bebel pastu sempat suap makanan dalam mulut. Tangan pun sama naik dengan mulut bercerita.. “
Kecik-kecik dah ‘banyak mulut’ Jebat ni nanti besar bolehlah join mommy dan Uncle Rosix di Youtube. Mulut tu comel sangat ‘bercerita’ walaupun sukar untuk difahami. Apa pun, semoga Jebat membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa menceriakan hati seluruh keluarga. Aamin

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lovemeorwoome, IG Noor nabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

