Artis / Selebriti
” Terbaik, berkat rezeki kau Ajak, bahagiakan orang tua.. ” – Netizen
Video Ajak Shiro Melawat Tapak Pembinaan Rumah Baharu Hadiah Buat Bapanya Raih Perhatian Ramai. Wahh Cantik Betul Rumah, Alhamdulillah, Tengok Muka Abah Ajak Pun Terharu !!
Ajak yang merupakan pelawak dan penyampai radio telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya telah pergi melawat ke tapak pembinaan rumah baharu buat bapanya. Kelihatan Ajak dalam video tersebut begitu teruja untuk melihat dengan sendiri pembinaan rumah tersebut.
Turut diceritakan oleh Ajak dalam video tersebut adalah, rumah setingkat yang dibina ini adalah rumah yang diimpikan oleh bapanya setelah sekian lama dan dapat dibina setelah dirinya sudah pencen. Ajak juga menceritakan ayahnya telah bersusah payah untuk membesarkan anak-anak seramai lapan orang pada suatu ketika dahulu.
Paling menarik, Ajak juga berkongsi video persekitaran di sekeliling rumah itu yang kelihatan permandangan indah dari Gunung Lambak di Kluang, Johor. Malah Ajak turut memperkenalkan bapanya yang turut ada serta melihat tapak pembinaan buat tontonan ramai.

Menerusi video itu juga, Ajak sempat beramah mesra bersama pekerja-pekerja pembinaan rumah tersebut dan memuji akan kekemasan hasil kerja mereka. Ajak juga menamakan rumah tersebut adalah rumah pencen kerana ia dibina setelah abahnya sudah berpencen.
Ikuti perkongsian video oleh Ajak di bawah ini :
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata para netizen turut memuji dan bangga akan bakti yang dicurahkan oleh Ajak buat orang tuanya dan mendoakan semoga Ajak dimurahkan rezeki. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terbaik Ajakshiro.. Hmmm aku pon teringin jugak nak bagi hadiah macam ni kat mak abah aku… Hg doakan aku ye jakkk.. “
” Tahniah Ajak, bahagia bila tgk org tua bahagia, muda lagi ayahnye pun, alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan yer.. “
” ” Terbaik, berkat rezeki kau Ajak, bahagiakan orang tua.. Semoga lepas ini, dimurahkan lagi rezeki Ajak sekeluarga, amin.. “
” Terharu tengok video ni, tengok muka abah Ajak rasa puas hati sangat dapat tengok rumah yang diimpikan sedang dalam pembinaan, tahniah Ajak.. “
” Membahagiakan orang tua itu adalah satu yang sangat nikmat rasanya, syukur, Ajak memang anak yang baik.. “
” Saya pn tringin nk buat kn umah abh dh lma sgt rumah tu… Smoga Allah murahkn rzki saya, pt repair2 ckit umh abh jadilah.. “
” Steady ayah baju bunga2 macam orang mudaa.. Terbaik dan moga sekeluarga dirahmati Oleh-Nya, amin.. “

Wah nampak cantik rumah ni walaupun belum siap sepenuhnya. Alhamdulillah Ajak, murah rezeki Ajak sebab membahagiakan orang tuanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap segala urusan pembinaan rumah ini akan dipermudahkan dan dapat membahagiakan bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

