Artis / Selebriti
” Tergelak aku tengok mulut Zulin. Tapi memang ade talent lah, suara pun sedap.. ” – Netizen
Video Zulin Aziz Membuat Challenge Baca Berita Raih Pujian Warganet. Wow Zulin, Memang Power Lah. Tak Puas Dengar Zulin Baca Berita, Suara Menjadi Betul !!
Siapa tidak kenal dengan selebriti Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz ini. Bukan sekadar bergelar pelakon, Zulin mampu berlawak dan mengacara serta menyanyi. Untuk pengetahuan, Zulin memulakan langkah dalam industri seni melalui program Pilih Kasih musim pertama pada 2010.
Meninjau di akaun Instagram, Zulin telah memuatnaik satu video baru. Menerusi video itu, Zulin telah membuat challenge baca berita. Gaya yang dipersembahkan oleh Zulin ketika membaca berita telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara Zulin membaca berita begitu sedap didengar.
Bukan itu sahaja, ada peminat turut mengatakan yang Zulin layak menjadi penyampai berita kerana Zulin begitu berbakat dalam bidang penyiaran. Selain itu, di ruangan kapsyen, Zulin sempat berseloroh menulis mahu gaji lebih kerana skrip yang dibacanya agak susah berbanding pembaca berita tersebut.

Sehingga kini, video Zulin membaca berita telah menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Zulin, sempat lagi buat kelakar kan, siap buat gaya mulut tu paling tak tahan, comel sangat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Zulin ini dan memuji Zulin mempunyai bakat membaca berita. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tergelak aku tengok mulut Zulin. Tapi memang ade talent lah, suara pon sedap.. Nyanyi pon sedap.. Berlakon pon best.. Buat lawak pon best.. Senang ckp, talented la.. “
” Takk puasss dengar.. Tolong sambung ke Berita Sukan.. Lepas sukan, berita tengah malam.. Fuhh power lah Zulin, terbaik lah, smuanya boleh buat.. “
” Mcm 999 plak Zulin. Blh la try pki kasut boot sambil jd pengacara.. Sy Zulin Aziz dari 999.. Haha.. Dapat bayangkan memang habis style lah.. “
” Kalau gini la pembaca berita I tggu selalu depan tv .. Tapi nak dgr berita atau nak gelak.. Hahahaha lawak tgk Zulin buat mulut.. “
” Tv3 blh sdh ambil ko Zulin jdi pembaca berita.. Suara menjadi, mmg patut dpt gaji lebih nak geliat lidah tu hahaha.. Zulin tak pernah tak kelakar.. “
” Todiaaa ehhh.. bungkuih awaiii geng2 baca berita semua, hahaha hg memang power lah Zulin, dengaq hang baca baca berita meleleh aiq liur kami.. “
” Sedaplah suara Zulin boleh jdi pemberita ni.. Dasyat betul.. Hahhaa patut dapat gaji lebih, sbb panjang betul skrip Zulin, hhehe.. “
Ini baru orang cakap ‘anak seni’ , semuanya dia boleh buat, memang patut Zulin mendapat pujian ramai. Bagi yang mengikuti Zulin di akaun Instagram, pasti mengetahui Zulin juga mempunyai hobi suka memasak dan melukis. Apa-apa pun semoga Zulin terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zulinaziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

