Artis / Selebriti
” Terhibur tengok Dey Dey. Kalau budak lain dah menangis dah, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Bongsu Sharifah Shahirah, Dey Dey Ketika Mahu Membeli Aiskirim Buat Ramai Terhibur. Sampai Mengekek Dey Dey Gelak Masa Pak Arab Tu Menyakat Dia, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera telah dikongsikan beberapa video dan gambar memaparkan Shiera dan sekeluarga pergi bercuti di Dubai baru-baru ini. Kelihatan turut serta bersama adalah kakak Shiera iaitu Sharifah Haslinda dan ibu Shiera.
Meraikan tahun baru di Dubai, Shiera juga bertemu sahabat baiknya iaitu Azah Aziz. Banyak tempat dilawati oleh Shiera di sana. Terbaru, Shiera ada memuatnaik satu video anak bongsunya, Dey Dey. Menerusi video itu, Dey Dey sedang membeli aiskrim.
Namun gelagat Dey Dey yang tak henti-henti ketawa apabila peniaga aiskrim itu bergurau tidak memberikan aiskrim kepadanya mencuit hati ramai. Kata warganet, Dey Dey mudah terhibur dan mempunyai sifat sabar yang tinggi mahu membeli aiskrim tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang berseloroh jika mereka di tempat Dey Dey, mereka akan terus beredar dari tempat itu dan tidak akan menunggu mengambil aiskrim kerana stress. Sehingga kini, perkongsian oleh Shira ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gelagat gelagat Dey Dey menerusi video tersebut. Antara komen-komen warganet adalah :
” Terhibur tengok Dey Dey, kalau budak lain dah menang1s dah, haha.. Takde rasa nk mar4h pun.. Dey Dey tak stress org yang bt ais cream tu yang stress sbb Dey Dey gelak takde rasa marah pun.. “
” Sebenarnya inilah konsepnya. Sebagai hiburan sambil beli eskrim. Tp kdg bila dah lama Sgt dok pusing dok pusing mai tu yg boleh jd stress, haha.. “
” Fuhh Dey Dey tak mar4h lah, hahahahaha.. Anak sy bsr Deydey ni dulu dia ramas cone tu smpai hncur, geram btul dia, hahahaha.. “
” Penyabar betul lah budak Dey Dey ni.. Hahahaa.. Mudah terhibur rupanya Dey Dey.. Dah besar lah budak comel ni, dlu suka tengok video2 dia kecik.. “
” Jenis yg suka melawak .This girl cute..Kelakor sangat lah tu yer sampai mengekek-ngekek ketawanya, hahaha.. Aduh Dey Dey, hahaha.. “
” Kalau saya lah memang tinggal terus..Dah la bayar lagi nak kena main..Mmg Dey Dey budak comel yang sangat penyabar lah.. Salute.. “
” Dok pusing pi dok pusing mai, kita yang tengok pula rasa kurang sabar hahaha lagi2 kalau tengah lapar.. Tgk Dey Dey ketawa hilang stress. Hehehe.. “
Pejam celik, pejam celik, sudah besar anak bongsu Shiera ini. Comel dengar suara Dey Dey ketawa, nampak terhibur sangat, sampaikan Pak Arab tu pula dah tak tahu nak buat Dey Dey marah. Apa-apa pun semoga Dey Dey terus membesar menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya dan berjaya dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shierajoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



