Artis / Selebriti
” Terima kasih kerana memberi mommy peluang menjadi seorang ibu.. ” – Rita Rudaini
Perkongsian Rita Rudaini Menyambut Ulangtahun Kelahiran Anak Sulungnya, Airit Rayyan Rizqin Buat Ramai Tersentuh. Dah Besar Anak Bujang Rita, Sebak Pula Baca Ucapan Rita Untuk Rayyan !!
Bagi yang mengikuti pelakon Rita Rudaini di akaun Instagram pasti mengetahui yang Rita sering berkongsi perkembangan anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Selain itu, kecekalan Rita membesarkan kedua anaknya juga menjadi inspirasi wanita di luar sana.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Rita, telah dikongsikan video yang memaparkan hari ini merupakan hari lahir Rayyan. Kelihatan pada awal video, adik Rayyan, Arjuna membawa satu bekas dipenuhi dengan pelbagai aneka sushi kepada Rayyan yang sedang duduk di sebuah kerusi.
Melihat kejutan yang dibuat oleh ibu dan adik tersayang, Rayyan memberikan senyuman lalu Rayyan menadah tangannya untuk berdoa sebelum meniup lilin yang ada pada sushi itu. Di ruang kapsyen pula, Rita menitipkan ucapan istimewa buat anak sulungnyan itu.

Rita mengucapkan terima kasih kepada Rayyan kerana memberi peluang kepadanya untuk bergelar seorang ibu. Selain itu, Rita berharap Rayyan menjadi pembimbing buat keluarga mereka. Sehingga kini, perkongsian Rita sempena ulang tahun kelahiran Rayyan telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Baca artikel penuh di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Rita dan rata-rata warganet turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Rayyan. Antara ucapan-ucapan menarik tersebut adalah :
” Sanah helwah anak 1st mommy selamanya.. Rayyan.. Semoga terus berjaya gemilang terbilang.. Tahun ni takdpt nk geder Besday.. Luar kaw.. Mudahan Allah set dgn RRfc nt.. Inshaa Allah.. “
” Happy birthday utk Rayyan.. Semoga menjadi anak yg soleh dan kebanggaan momm. Dari kecik saya suka diaorg ni..jaga diri, hiasi peribadi.. “
” Happy birthday Ryan.. Alhamdulillah Ryan bertuah dpt ibu yg didik Ryan dgn pegangan agama yg kuat.. Semoga Ryan jadi anak yg soleh dan dpt menjaga ibu & adik dgn baik.. “
” Qurrata a’yun.. Selamat hari lahir Ryan. Semoga ryan sentiasa jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat dan dapat bahagiakan mummy n adik. Acik doakan dr kejauhan… Aamiin ya Allah.. “
” Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Ryan. Semoga membesar dengan cita² yg mulia, jadi anak yg soleh untuk mummy dan abang yang baik untuk adik.. “
” Hb Rayyan, tak sbr nk tgk bla awk habis belajar nanti,alm pekerjaan.. Sentiasa ikuti kehidupan Rayyan, Qaqa n mummy dri kecik Smpai la skunk, semoga Allah permudahkan segalanya berjalan dengan lancar.. Jga mummy.. “
” Selamat hari lahir Ryan.. Semoga ryan sentiasa dibawah rahmat Allah swt, menjadi anak yg soleh & bermanfaat, berjaya, bahagia dunia akhirat. Aamiin yra.. “
Kasihya ibu membawa ke syurga, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja buat anaknya. Salute melihat cara Rita membesarkan kedua anak-anaknya. Apa-apa pun, selamat hari lahir Rayyan. Semoga Ryyan terus menjadi anak yang baik, soleh buat mommy dan berjaya di masa hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ritrud727
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

