Artis / Selebriti
” Terjil4t-jil4t lidah dia menunggu. Sabar jer Yusuf ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Yusuf Iskandar Apabila Diuji Dengan Marshmallow Test Buat Peminat Kagum. Gaya Dan Aksinya Ketika Menanti Tu Comel Sangat. Alahai Bijak Yusuf !!
Melihat cara Hanis Zalikha mendidik anaknya Yusuf Iskandar, ramai yang kagum dan mula mengambil tip ajaran Hanis ini. Kesopanan yang dimiliki Yusuf buat banyak hati yang tertaw4n. Tutur katanya penuh beradab dan sangat santun walaupun usianya masih muda.
Yusuf yang menjadi kesukaan ramai dek kerana wajah comelnya ini juga seorang kanak-kanak yang sangat pintar. Petah bercakap dan bijak menjawab buatkan peminat semakin sayang pada Yusuf. Putera kesayangan yang menyenangkan hati dengan senyuman manisnya itu.
Untuk menguji kesabaran anaknya ini, Hanis mencuba satu ujian di mana Yusuf perlu memilih samada mahu sebiji marshmallow ataupun 2 biji marshmallow dengan bersyarat. Syaratnya cukup mudah, sekiranya Yusuf mahukan pilihan kedua, Yusuf perlu menunggu dengan sabar sehingga Hanis kembali.

Menerusi akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Yusuf apabila Hanis Zalikha mengujinya dengan ‘ Marshmallow Test ‘. Yusuf diberi 2 pilihan untuk dipilih dan bermulalah ujian kesabaran buat si comel ini.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Yusuf ini mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :
” Strategy Yusuf, counting and dia tak pndang sgt marshmallows tu. clever boy.. “
” Tak terkira lama sangat haha.. “
” Teebaik… Jujur dan amanah dah ade dlm diri.. “
” Comeyyyy.. Last-last mal4s nak kira dah aih..”
” I can guess already mesti dia patient and he is. goodjob yusuf iskandar.. “
” Terjilat-jilat lidah dia menunggu. Sabar jer Yusuf ni.. “
” Kesian.. he was salivating and coped by counting and not looking at the marshmallows…. gud techniques Yusuf… well done .. “
Bagus sungguh Yusuf menahan diri. Tahap sabar paling tinggi si comel Yusuf ini. Demi 2 biji marshmallow rela menanti. Apa pun, terbaik cara Hanis melatih kesabaran Yusuf ini. Semoga Yusuf sentiasa bersikap sabar sebegini sampai bila-bila dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusuf Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

