Artis / Selebriti
” Tokti punya food reviews bukan calang-calang tau.. ” – Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Berita Gembira Tersenarai Dalam 100 Bintang Asia-Pasifik Yang Paling Berpengaruh Di Media Sosial. Wah Neelofa Pun Sama, Tahniah Tokti Dan Lofa !!
Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Dato’ Siti adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dato’ Siti baru sahaja mengeluarkan album solo ke 18 iaitu ManifestaSITI 2020. Album ini bergenre pop dan mengisahkan tentang perjalanan Dato’ Siti menuju tahun 2020.
Dalam posting terbaharunya, Dato’ Siti berkongsi berita gembira dengan peminat apabila dirinya disenaraikan Forbes.com sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh dalam media sosial peringkat Asia-Pasifik. Selain Dato’ Siti, selebriti daripada Malaysia yang turut tersenarai adalah pelakon dan pengacara, Neelofa.
Awal tahun ini, Dato’ Siti pernah menyiarkan ulasan makanan dari pelbagai vendor makanan tempatan yang terjejas oleh C0v1d-19, dengan harapan dapat meningkatkan jualan perniagaan mereka. Semua usaha promosinya di laman Instagramnya dilakukan secara percuma.

Menurut laporan di Buzzkini dan Forbes.com, usaha Dato’ Siti dalam mempromosikan dan mendorong pengikut Instagramnya memesan makanan dari pelbagai vendor makanan tempatan dan peniaga kecil-kecilan yang terkesan akibat Cov1d-19 telah menarik perhatian Forbes.com sehingga berjaya dinobatkan antara bintang Asia Pasifik yang paling berpengar0h.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Siti dan mengatakan bahawa Dato’ Siti layak untuk mendapat penghargaan itu disebabkan sikap dan juga usahanya membantu peniaga tempatan yang terjej4s. Antara komen-komen peminatnya :
” Alhamdulillah congratulations tokti.. Alhamdulillah.. Kedua-duanya membawa aura positive.. Love sangat .. Selayaknya.. “
” Tokti punya food reviews bukan calang2 tau.. Siap masuk Forbes, tapi free of charge je.. Semoga dimurahkan rezeki.. “
” Cantik betul Tokti ni.. Alhamdulillah… semoga terus menjadi yg terbaik antara yg terbaik… Karyanya kecerdasannya kecantikannya kesantunannya menjdi cermin.. “
” Alhamdulillah, terima kasih datuk seri siti kerana membantu bisnes2 yang baru nak naik seperti kami ni.. Semoga usaha Datuk Seri dapat balasan daripada Allah swt.. “
” Alhamdulillah.. Congratulations ct syg and thank you so much for helping food vendors during pandem1c.. We love you to the moon and back.. “
” Alhamdulillah congrats both of you .. Alhamdulillah cograts mak iti kedua2nya manis bertudung.. Masyaallah.. Good deed n semoga istiqamah with such good deed.. “
” Tahniah.. Proud For DSCT.. Amazing.. Tahniah idolaku.. Moga terus sukses dalam apa jua yg dilakukan.. Mmg paling mantap layak sekali dua2.. “
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Siti dan juga Neelofa. Semoga usaha murni mereka membantu peniaga-peniaga kecil dan juga insan yang memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan menjadi inspirasi kepada semua. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Seri Siti Nurhaliza, IG Neelofa, Portal buzzkini, Portal forbes.com
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

