Artis / Selebriti
” Tone dia sedap, ada potensi besar ni. Sambil duduk je nyanyi dah sedap.. ” – Komen Netizen
Video anak bongsu Bell Ngasri, Nasfazira sedang menyanyi raih perhatian warganet. Wah sedapnya suara, ada bakat terpendam anak Bell ni. Berbakat dan cool macam ayahnya juga ni. Bangga Bell..
Siapa yang tidak kenal dengan figura yang bernama Bell Ngasri. Pelakon dan pelawak ini sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia seni. Untuk rekod, Bell menikahi seorang penulis skrip bernama Farhana. Pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang anak iaitu Nasfazril, Nasfarisya dan Nasfazira.
Meninjau entry di akaun Tiktok Darling Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak bongsu Bell, Nasfazira sedang menyanyi ketika mereka sekeluarga sedang berkumpul. Video ini dirakamkan oleh Darling Ngasri dan Darling juga memuji suara Nasfazira itu.
Nasfazira mendendangkan lagu Cinta Terbaik nyanyian asal penyanyi dari Indonesia, Cassandra dengan cukup baik. Sekali pun Nasfazira menyanyi sambil duduk, suaranya tetap sedap didengar. Ramai yang memuji suara Nasfazira ini dan mengatakan ianya diwarisi daripada Bell.

Bell dan Farhana yang duduk di belakang juga tersenyum bangga melihat keberanian dan kehebatan anak perempuan mereka ini. Semua yang berada di situ juga bersorak dan memberikan tepukan gemuruh sesudah selesai Nasfazira mempersembahkan nyanyiannya itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@darlingasri Mana tumpahnya kuah ek! Bravo aurora @bellngasri @Shafarhana
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Confuse video lama ke baru ni, sebab nampak anne dekat situ.. anak Anne yang ni memang sebiji mcm Anne MSE kecik.. cili2 padi.. “
” Proud father dok watching dari belakang.. sedap suara anak Bell ni, macam bell jugak suara sedap dengar.. “
” Waduhh dikkk.. sedapnya suara adik.. Tone dia sedaapppp… ada potensi besarrr ni… keep it up adikk.. jd mcm ayh yaa.. “
” Bapak dia bangga Kat belakang tu terhangguk-angguk kepala haha.. yg nyanyi tu muka abg bell, yg pandang dia tu muka kak anne.. “
” Bapaknya kemain angguk-angguk eh.. sedap betul suara kau dik.. tumpah betul bakat bapak dekat anak ni.. “
” Keluarga darah seni, terbaik nyanyian anak Bell ni.. merdu suara dia.. Bell dr jauh mcm muka zul huzaimy pulak.. “
” Sambil duduk je nyanyi dah sedap, mantap lah.. darah seni terbaik. santai je dia nyanyi.. di sebalik suara anak yg sedap ada ibu ayah yg bangga dkt belakang.. “
Hebat suara anak Bell ini, bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hati mak ayah mana yang tidak bangga melihat bakat anak seperti ini. Jika terus digilap bakat yang ada pada Nasfazira ini, tidak mustahil boleh menjadi penyanyi pelapis pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Darling Ngasri, IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

