Artis / Selebriti
” Tuanku Permaisuri yang humble, bertuahnya Dayang.. ” – Netizen
Video Nyanyian Dayang Nurfaizah Di Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Dato’ Rizalman Yang Sungguh Merdu. Wah Dayang Berduet Dengan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Lagi. Sporting Betul Permaisuri !!
Persahabatan yang erat antara penyanyi bersuara merdu, Dayang Nurfaizah dan Dato’ Rizalman sudah lama terjalin. Malah Dayang seringkali menjadi jemputan khas Dato’ Rizalman untuk majlis-majlis khasnya.
Meninjau akaun Instagram Dayang Nurfaizah, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan Dayang membuat persembahan di kediaman Dato’ Rizalman sempena majlis ulangtahun Dato’ Rizalman yang ke 50 tahun.
Menyanyikan lagu-lagu dari album Belagu, suara Dayang yang gemersik menghiburkan semua hadirin yang hadir. Untuk makluman, selain Dayang turut dijemput beberapa orang VVIP antaranya Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah.

Peluang keemasan untuk Dayang apabila Tunku Azizah turut sama berduet bersama Dayang menerusi lagu Gurindam Jiwa. Untung Dato’ Rizalman mempunyai sahabat-sahabat yang baik hati dan sporting sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Merdu sungguh suara Dayang apabila membawakan lagu evergreen seperti ini. Tunku Permaisuri juga dipuji oleh netizen kerana sikapnya itu. Antara komen-komen peminat :
” Untungnya Dayang dapat menyanyi dengan Permaisuri Agong, bukan senang dapat peluang macam ni.. “
” Sedapnya suara Dayang, macam nak layan 24 jam ulang ulang jer. Suara dah sedap, lagi best dapat berduet dengan Tuanku Permaisuri.. “
” Bestnya Dayang dapat nyanyi dengan Tuanku, Queen of Malaysia and Queen of RnB. Terbaik Dayang, permaisuri pun sporting betul.. “
” Tuanku Permaisuri yang humble, bagusnya Tuanku tak somb0ng langsung. bertuahnya dayang ya.. “
” Sportingnya Tuanku Permaisuri Agong ni, best lah Dayang. Bertuah betul Dayang berpeluang berduet dengan Permaisuri.. “
” Tuanku tak somb0ng la kan, boleh pula nyanyi dengan Dayang. Mesti sedap suara Tuanku ni, tengok gaya tu confirm merdu.. “
” Merdunya suara Dayang, suka dengar Dayang nyanyi lagu lagu lama, best sangat dengar dengan versinya tersendiri.. “

Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Dato’ Rizalman. Semoga bertambahnya usia, Dato’ Rizalman dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik selalu.

Untuk video penuh, sila klik di bawah :
https://www.youtube.com/watch?v=i4lh9dv7k_U
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dayang Nurfaizah, Hhdn_central, Fanpage_tunku_azizah, Youtube Channel The0 Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

