Artis / Selebriti
” Uih macam Zahirah, sebijik sama. Cantik anak dara ni, macam ibu dia jugak.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Vanida Imran bersama anak perempuannya, Maryam Rashika raih perhatian warganet. Wah dah besar lah anak dara Vanida ni, dah macam kakak dan adik je. Ada yang kata muka Maryam macam Zahirah Macwilson, lawa betul..
Menerusi perkahwinan terdahulu Vanida Imran bersama Rashidi Ishak, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak. Maryam Rashika dan Mikail Aimran menjadi permata hati kesayangan Vanida dan Rashidi. Diam tak diam, kedua-dua anak Vanida ini sudah menginjak alam dewasa.
Meninjau entry Vanida di akaun Tiktok Vanida Imran, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Vanida bersama Maryam. Ramai yang terpegun melihat kejelitaan wajah Maryam dan Vanida. Mereka kelihatan seperti adik dan kakak sahaja.
Menerusi video ini, Vanida mendukung Maryam seperti anak kecil. Manja sungguh anak dara Vanida ini, akrab betul hubungan anak dan ibu. Melihat wajah Maryam, ramai yang melihat seperti bayangan pelakon berdarah kacukan, Zahirah Macwilson.

Sekilas pandang wajah Maryam saling tak tumpah seperti wajah Zahirah. Semakin besar, semakin cantik Maryam, ayu dan manis seperti Vanida. Ramai juga yang memuji kecantikan Vanida yang tidak begitu dimamah usia. Sesekali anak dan ibu beraksi, seperti adik dan kakak gayanya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@vanida.imran0 My Big Girl ❤️ #esekeli #berandatiktok #berandafyp #foryoupage #foryou #fypage #fyp #vanidaimran
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Cantiknya Maryam.. Aku ingat Zahirah Macwilson tadi.. nak sama muka Maryam dengan Zahirah.. “
” Baru nak taip laaaa baru tau anak dia Zahirah .rupanya bukan .. nasib tunggu sampai habis hehe. lawa betul anak dara Vanida.. “
” Uih macam Zahirah, sebijik sama.. lawa anak dara ni, macam ibu dia jugak.. ramai rupanya yang sangka tu Zahirah.. kembar terpisah ni.. “
” Lawanya anak Vanida.. dah macam adik dengan kakak je. Aku mati mati ingat Vanida dukung Zahirah Macwilson tadi.. Sama weh.. “
” Ada iras-iras Zahirah Macwilson lah anak Vanida ni. Aku ingatkan Zahirah dah tadi.. pandangan sisi tu sebijik Zahirah.. “
” Gaya macam sebaya je.. tak nampak macam mak dan anak.. lawa vanida ni.. anak nya pun cantik macam muka Zahirah Macwilson.. “
” Subhana Allah cantiknya mak dan anak ni.. Vanida cantik, Maryam pun cantik.. macam adik beradik je.. “
Ramai yang menyangka Maryam itu adalah Zahirah, hampir sama wajah mereka berdua. Vanida juga tidak pudar kecantikannya dan masih terlihat sama sahaja seperti dahulu, awet muda orangnya. Apa-apa pun, semoga Vanida gembira selalu bersama anak-anaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Vanida Imran
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

