Artis / Selebriti
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Nurhaliza menyamar menjadi pemanggil dan memberikan komen terhadap nyanyian Sharnaaz Ahmad buat ramai terhibur. Sampai berpeluh Mamu terkejut bila sedar tengah bercakap dengan Tokti, haha..
Sharnaaz Ahmad mengambil langkah berani dengan mengeluarkan lagu single berbahasa inggeris berjudul Nugget. Lagu berentak country song ini menarik dan sedap didengar. Liriknya juga khas untuk buah hati Sharnaaz dan kata Sharnaaz, dia seorang yang romantis.
Selepas Fattah Amin memberikan komen terhadap suara Sharnaaz, team 3 Pagi Era menghubungi pula biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Pada awalnya Sharnaaz tidak mengetahui itu adalah DS Siti kerana Nabil, Radin dan Pak Azad menggelarkan pemanggil ini sebagai ‘kakak’.
Pada awal perbualan, DS Siti meminta untuk Sharnaaz menyanyi sedikit lagu barunya itu. Letih juga menjadi penyanyi dan menyanyi berkali-kali, itu yang Sharnaaz katakan sebelum dia menyanyi. Awal komen, DS Siti menyebut Sharnaaz boleh menyanyi kerana ayah Sharnaaz juga seorang penyanyi.

Mendengar sahaja nama ayahnya dikaitkan, Sharnaaz dapat menangkap itu adalah suara DS Siti. Siapa yang tidak cuak apabila biduanita negara yang berada di talian. DS Siti memberikan komen yang positif dan memuji ianya percubaan yang baik daripada Sharnaaz.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow idola Dato’ Seri Siti Nurhaliza komen lagu idola Sharnaaz Ahmad.. Suara mamu market Texas ni, haha.. “
Kalau darah seni sudah mengalir dalam badan, sedikit sebanyak tempiasnya terkena juga pada si anak. Untuk yang tidak mengenali ayah Sharnaaz, Datuk Basir Ahmad sewaktu mudanya pernah menyertai kugiran era pop yeh yeh zaman 60an. Datuk Basir juga adalah kenalan rapat kepada keluarga Tan Sri P. Ramlee.

Satu pujian ikhlas daripada DS Siti dan ianya percubaan yang baik daripada Sharnaaz. Walaupun tidak sehebat penyanyi profesional, namun suara Sharnaaz boleh tahan dan boleh diterima. Semoga Sharnaaz terus success dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, ig ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

