Artis / Selebriti
” Uishh serius lah, diam-diam je tahu-tahu dah nikah.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis akad nikah, Hafiz Suip dan pasangannya, Fiona Saffiyya raih perhatian warganet. Wah tahniah Hafiz, cantik isteri Hafiz. Sama cantik dan sama padan..
Pelantun lagu Kisah Cinta Kita, Hafiz Suip dikhabarkan telah pun kembali bergelar suami. Hafiz mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya bernama Fiona Saffiyya. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online dan Era FM, telah dikongsikan video yang memaparkan majlis ijab qabul antara Hafiz dan Fiona.
Majlis ini berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak di sebuah dewan di Petrajaya Kuching, Sarawak. Hanya dengan sekali lafaz, Fiona sah menjadi isteri Hafiz. Fiona menerima mas kahwin sebanyak RM120.
Bak kata pepatah, Hafiz dan Fiona diibaratkan seperti pinang dibelah dua dan sepadan. Kedua-dua mempelai ini mengenakan busana serba putih dan kelihatan berseri-seri duduk di atas pelamin. Untuk rekod, Hafiz pernah mendirikan rumahtangga bersama Nureffy Jasreel dan perkahwinan mereka berakhir pada bulan Mei tahun lalu.

Hafiz dikurniakan dengan dua orang cahayamata hasil perkahwinan tersebut iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan Hafiz dan ramai yang mendoakan kebahagiaan untuk Hafiz dan pasangannya itu.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniahh, semoga bahagia sampai bila-bila.. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.. Semoga kekal bahagia till jannah.. “
” Barakallahu laka, wa baraka ‘alaika, wa jama’a bainakuma fi khair” (Semoga Allah memberkati kamu, memberkati ke atas kamu, dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan).. “
” Syukur alhamdulilah tahniah Hafiz & Fiona Selamat pengantin baru semoga till jannah.. Fiona… Tercipta la kenangan cinta kita.. “
” Alhamdulillah barakallah abg hafiz.. semoga berkekalan hingga ke syurga dan aman damai selalu.. fiona berikan daku setitis kasihmu agar hilang dahaga rindu.. “
” Sebak kalo aku dengar bacaan takliq..tahniah hafiz dan pasangan.. setiap orang layak untuk bahagia dan disayangi.. “
” Uishh serius lah.. diam-diam je tahu-tahu dah nikah. tahniah hafiz dan isteri.. Alhamdulillah.. barakallahumma. Smga bahagia hgga ke syurga buat kitak.. “
” Alhamdulilah, tahniah fiona hafiz , isteri yang baik adalah rumah bagi seorang lelaki. semoga bahagia sampai bila2.. “
Alhamdulillah, Allah mengaturkan pasangan yang baru untuk kehidupan Hafiz. Pastinya Fiona akan membahagiakan Hafiz dan menjadi seorang isteri yang terbaik. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Hafiz dan Fiona. Semoga kalian berbahagia sampai ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar Online, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

