Artis / Selebriti
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin cuba untuk memujuk Una Pak Mat Western berkaitan isu perletakkan jawatan raih perhatian ramai. Alamak, apa dah jadi ni Una. Bukan senang Boss Fattah nak pujuk tu..
Meninjau ke akaun Instagram Fattah Amin, posting terbaru Fattah telah meraih perhatian ramai. Fattah menjelaskan tentang isu Una meletak jawatan daripada Pak Mat Western baru-baru ini. Apa yang menarik ialah Fattah cuba untuk memujuk Una.
Menurut Fattah, dia sudah beberapa kali cuba menelefon Una, namun tidak dijawab oleh Una. Begitu juga melalui mesej di Whatsapp, Una tidak membalasnya. Dengan adanya video ini, Fattah berharap Una akan menjawab segala panggilan Fattah.
Fattah juga menyatakan pada malam ini dia akan membuat sesi live Pak Mat Western bersama Icha pada jam 9 malam. Sama ada sesi live ada sebarang kejutan atau tidak, sama-sama kita nantikan. Pastinya ada yang berharap kemunculan Una.

Sebelum ini, Una telah meletak jawatannya di Pak Mat Western tanpa sebarang sebab yang diketahui. Una antara staff kegemaran ramai di Pak Mat Western. Ada yang beranggapan ini hanya content sahaja dan teknik marketing daripada pihak Pak Mat Western. Ini kerana pihak Pak Mat Western selalu menyediakan content-content seperti ini.
Jom tonton video di bawah
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Come on Una, Fattah Amin kot whatsapp/call, bukan Wafi Chamber. Kalau faz collab dgn fattah utk Pak Mat Western, confirm view/rating/sales meroket.. “
” Call i jerrr lahhh…confirm jawab call from Fattah Amin… dah fattah plak pjuk una..kau spe una hebat betol aura kau smpai org fmous dtg pjuk ni.. “
” Makin merisaukan. Dgn fattah skali join drama pmw ahahaha!! korang kt komen ni chill je bleh? strategi marketing…blik dr umrah drama plk dh… “
” Eh mengada gila nak kena pujuk pujuk ni alahai dah dah la.. Dah pulak fattah amin yg pujuk una.. Una ni…wat abg fattahaminz risau lah.. “
” Baik la fatah pi bg thu una dgn tokey pakmat westrn soh perbaiki dia punya servis mkn di kedai makan dia.. dri pda pungoangpunga buat mcm2 content.. “
” Suka tgok bonding staff pakmatwestern, sentiasa lain dri yg lain, tgok lah dri sudut positif, menghiburkan dgn spontan live.. bad marketing ke cheap marketing ke, itu subjektif pendapat masing2.. “
” Kita xda di posisi team pmw utk creat n deliver msg on the same time.. spread the positivity.. Untung la…fattah Amin pujuk…nak majuk gak la camni fattahaminz.. “
Bukan senang nak dapat pujuk rayu daripada bos ni. Tambahan pula dia merupakan Fattah Amin. Rasanya ramai boleh cair kalau Fattah yang memujuk. Agak-agaknya Una akan memberikan respon tak terhadap video ini. Sama-sama kita nantikan. Apa-apa pun, teknik marketing daripada pihak Pak Mat Western memang terbaik dan gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

