Artis / Selebriti
” Very humble person, comel je tengok Ustaz Don merempit, hahaha.. ” – Netizen
Video Telatah Ustaz Don Daniyal Menunggang Motosikal Mahu Cepat Sampai Ke Konti Radio Suria Buat Ramai Terhibur. Semp0i Je Ustaz Don, Part Cerita Motor Buat Hal Naik Bukit Tu Kelakar. Nasib Sampai On Time Kan Ustaz, Hehe !!
Bagi yang suka mengikuti stesen radio Suria pasti mengetahui pada setiap hari Jumaat pagi akan ada satu segmen bertajuk DON GIVE UP bersama penyampai Morning Morning Suria dan Ustaz Don Daniyal. Menerusi segmen ini telah membincangkan masalah semasa pendengar termasuk isu agama, adab, keluarga dan masyarakat.
Segmen ini dikatakan mendapat sambutan yang sangat baik daripada pendengar dan ramai yang menyukai cara Ustaz Don memberikan pandangan ketika membincangkan masalah-masalah pendengar dengan secara santai dan turut diselitkan lawak jenakanya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Suria, telah berkongsi satu video yang memaparkan Ustaz Don sedang menunggang motosikal. Difahamkan video ini diambil ketika Ustaz Don sedang dalam perjalanan menuju ke konti Suria pagi tadi.

Sampainya Ustaz Don di konti, Ustaz Don sempat berkongsi cerita situasi ketika motosikalnya tiba-tiba terhenti ketika mahu menaiki jalan berbukit. Namun ianya dapat diatasi dengan baik dan Ustaz Don tiba di konti Suria tepat pada waktunya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Sehingga kini, video Ustaz Don menunggang motosikal telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Di ruangan komen pula, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Very humble person, comel je tengok Ustaz Don merempit, hahaha laju pulak tu.. Siapa yang rakam ni, sempat lagi kan, hahaha.. “
” Salam jmaat Suria Mlysia dn juga dj 2 morning 2 suria … Ustaz Don wlau merempit, ustaz jnji smpai ngn slmat di konti… amin.. “
” Kapcai pun steady.. Suka dengar perkongsian oleh Ustaz Don.. Best sangat kalau dengar setiap pagi Jumaat.. Don give up.. “
” Laa… Ustad Don rupanye yg rempit td. Kuss semangat.. Ingatkan Haji Nabil tadi.. Syukur Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi.. “
” Sempoi Ustaz, cepat sampai.. Terbaik lah.. Kalau naik kereta mahunya berejam kena sidai atas jalan.. Srl110zr dihati, hehe.. “
” Steady ustaz.. Lajuuuuu nye ustaz merempittt.. Lepas video ustaz ni viral, harga lagenda akan melambong ler pasni, haha.. “
” Name motor dah Lagenda so mmg lejen la sape naik, hehe.. Kpd yg rekod Ustaz Don merempit… Tahniah ust selesai langsai tanggungjwb kt Suria FM.. “
Selain pengangkutan awam seperti LRT, menunggang motosikal juga adalah medium pengangkutan paling pantas untuk tiba ke destinasi yang dituju dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Apa-apa pun memang terbaik lah Ustaz Don, semp0i je naik motor tu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalysia, ddaniyaldbiyajid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

