Artis / Selebriti
” Wah Aus tersasul lah Bella kahwin dekat mana. Aus spill banyak sikit lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video sahabat baik Bella Astillah, Aus tersasul menyebut mengenai majlis perkahwinan Bella buat ramai teruja. Wah, tiga tema tau korang. Tak sabarnya nak tunggu majlis nanti..
Semenjak YB Syed Saddiq memaklumkan secara terbuka azam 2026 mengenai hala tuju hubungannya bersama Bella Astillah, ramai yang sudah tidak sabar menantikan tarikh keramat pasangan sensasi ini untuk bertukar status kepada ikatan suami isteri.
Semua ternanti-nantikan berita gembira Bella dan YB Saddiq. Pantang ada posting atau live Bella, pasti soalan mengenai bila majlis akan berlangsung akan diutarakan oleh warganet. Lebih hangat apabila tular YB Saddiq mengedarkan envelope putih di parlimen yang dikatakan sebagai kad undangan perkahwinan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Eiyka, telah dikongsikan satu sedutan video live yang memaparkan Bella ditemani sahabat baik merangkap jurumekapnya, Aus menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan penyampai Era, Safiee Salie dan pasangannya semalam.

Sambil menyaksikan Safie, Aus dan Bella membuat live dan terkeluar lah komen mengenai perkahwinan Bella. Aus secara spontan memberitahu di mana majlis Bella dan YB Saddiq akan diadakan nanti. Tidak itu sahaja, Aus turut memberitahu majlis itu nanti akan mempunyai 3 tema yang berbeza.
Jom tonton video di bawah :
@sitieiyka90 Majlis ulang tahun perkahwinan safee salie & pasangan 🥰 Cantiknya bella😍🫶🏼 #bellaastillah #syedsaddiq #anniversary #austouxh #fyppppppppppppppppppppppp @austouxh.official @bellaastillah_94
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah Aus tersasul lah bella kahwin dekat mana lah, stadium tu. siap sedia tiket lah nanti weh.. tema tu tak tahannya, banyak betul tema.. “
” Aus memang suka sakat bella dengan yb.. MasyaAllah Tabarakallah makin cantik Bella surihati YBsyed saddiq.. “
” Aus jangan bisik bisik, kita nak dengar jugak. cepat lah aus gtau tarikh nikah bella yb saddiq bila hehee.. “
” Aus spill banyak sikit lah haha.. tema dia baju sukan kan haha.. kami nak potluck je.. janji dapat tengok bella yb saddiq bersanding.. “
” Ready to battle tiket ke majlis persandingan bella yb saddiq dekat stadium putra bukit jalil.. hehe.. bella muka dah cuak aus tersasul camtu hahaa.. “
” Semangat setia kawan yg sejati…semoga silaturahim persahabatan berkekalan sampai akhir hayat. .aamiin.. “
” Sahabat yg paling setia saling support.. syg Aus &Bella . sdh mcm 1/family moga kalian sihat murah rzki.. “
Aus memang suka menyakat Bella lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan buah hati Bella. Mungkin gurauan Aus majlis di stadium itu bakal menjadi kenyataan dan menjadi wedding of the year yang paling grand dan ramai tetamunya. Sama-sama kita nantikan saat itu datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mrs.maria552, TT Siti Eiyka
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

