Artis / Selebriti
” Wah baby boy, comelnya baby Cap. Nama pun sedap.. ” – Netizen
Caprice Kongsi Video Majlis Aqiqah Dan Tahnik Anaknya Bersama Ustaz Wadi Annuar Raih Perhatian Ramai. Wah Sedapnya Nama Anak Caprice. Kecil-Kecil Lagi Dah Nampak Handsome. Cute Sangat !!
Sekitar pada bulan Mac yang lalu, isteri kepada Caprice, Farra Inalis telah pun selamat melahirkan cahayamata mereka. Caprice pada waktu itu ada berkongsikan gambarnya bersama anaknya yang baru lahir itu, namun tidak memaklumkan nama dan jantina bayi tersebut.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Caprice, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan majlis aqiqah dan tahnik anak Caprice. Caprice secara rasminya memaklumkan anaknya merupakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Airiel Qashaf bin Ariz.
Majlis tahnik baby Airiel disempurnakan oleh Ustaz Wadi Annuar. Wah beruntung lah baby Airiel dapat bertahnik bersama penceramah hebat. Melihat baby Airiel yang turut ditunjukkan dalam video ini, ramai yang memuji kecomelan wajah Airiel.

Ada yang mengatakan seperti wajah Caprice dan tidak kurang juga melihat baby Airiel seperti wajah Farra. Sudah lah comel, matanya pun sangat bukat, lagi bertambah-tambah kecomelannya itu. Bakal penerus legasi Caprice pada masa hadapan, insha Allah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Caprice ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wahhh baby boy.. happy la caprice.. best nama baby caprice.. Alhamdulillah moga menjadi anak y soleh ea syg.. ”
” Comelnyaaa anaknya punn.. helok.. Alhamdulillah cap capricedaddycap semoga baby airiel membesar menjadi ank yg soleh n taat pada agama dan kedua ibu bapa nya.. ”
” Comel sangat sangt ni.. Assalamualaikum Airiel Qashaf. Semoga menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada agama, ibu bapa, bangsa dan negara.. ”
” Handsome boy semoga membesar dgn baik jadi anak yg soleh.. handsome macam muka Mommy dia.. .jaga mommy n kakak tau… piew piew.. ”
” Alhamdulillah, Buat Baby Airiel Qashaf, sedap nama yer.. Semoga membesar dengan baik, menjadi Anak yang Soleh buat keluarga Cap.. ”
” Comel nye baby.. Congrats cap semoga airiel menjadi anak yg berbakti & menyenangkan hati orang tua. Berakhlak baik dan soleh.. ”
” Comelnya masyaallah mata bulat baBY.. sedap nama anak Cap.. Ikut muka ddynya sungguh… Geramnya tgk bulat.. ”
Alhamdulillah selesai majlis aqiqah baby Airiel Qashaf. Nama yang indah dan pastinya membawa maksud yang baik. Semoga baby Airiel Qashaf membesar menjadi anak yang soleh dan selalu membanggakan kedua orang tuanya apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Caprice
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



