Artis / Selebriti
” Wah buah hati sudah datang. Mak Semah senyum sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin berjumpa Mak Semah buat ramai terhibur. Amboi Bamtah, sempat bagi pickupline pada Mak Semah. Alih-alih si ‘tunang’ Erma Fatima pulak datang menyibuk. Sweet sungguh Fattah menyantuni Mak Semah. Panas je hati ‘tunang’ tengok, haha..
Mak Semah iaitu ibu kepada Erma Fatima, Datin Umie Aida dan Betty Rahmad sememangnya suka bergurau dan berseloroh setiap kali live di Tiktok. Mak Semah adalah ibu yang sangat sporting dan sekepala dengan anak-anaknya itu. Mak Semah sering diusik dengan Fattah Amin.
Meninjau entry di akaun Tiktok Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah berjumpa dengan Mak Semah. Kata Mak Semah, dia dan Fattah sudah pun berpisah. Mak Semah rela mengundur diri daripada perebutan Fattah dengan wanita-wanita lain.
Fattah pula mengatakan mereka berdua tidak pernah berpisah. Tersipu-sipu Mak Semah mendengar ayat Fattah itu. Fattah yang menghormati Mak Semah menghulurkan tangan dan bersalam serta mengucup tangan Mak Semah. Sempat lagi Fattah bergambar sambil membuat gaya mini love dengan Mak Semah.

Erma pula muncul dan memberikan amaran kepada Mak Semah supaya tidak meniru aksi seperti dalam filem Norma yang sedang ditayangkan sekarang. Alahai ‘tunang’ Fattah ini, kacau daun lah pula. Mak Semah dan Fattah baru hendak bermanja-manja, hehe.
Jom tonton video di bawah:
@bettyrahmadali
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Aku rasa lah kan…. family ni yg jadi org tgh antara abg long dan kak long hehe.. FA rapat dgn Erma & umie sbb berlakon , Mira rapat dgn Betty usrah sekali.. jadinya rapat 1 family.. “
” Wah fatah cium tgn mak semah. Mak semah tak masak harini.. duk cium tgn je hehe.. Amboi mak semah cemburu kita tengok.. siap Fattah lentuk kepala lagi.. manjahhh.. “
” Jauh di mata dekat di hati.. Akhirnya dapat juga Fattah jumpa mak semah.. Untunglah mak semah, walaupun dah putus, tapi dapat merasa dia dicium tangan.. “
” Akhirnyaaa fattah Amin, tunang fattah dan madu in one frame haha.. ala mak semah awat tarik diri… best woman win tau mak semah.. “
” Wahhh jumpa kekasih sejatinyer.. alhamdulillah.. moga baik2 shj n bahagia hendaknya dgn pertalian yg ada sekrg. Mak Semah best women win don’t worry.. “
” Wah buah hati sudah datang. kelas mak semah.. mak semah senyum sampai ke telinga.. kita mana pernah berpisah, mak semah no 1 tau.. “
” Jumpa jugak mak semah dengan fattah haha.. mana penah berpisah, tak tidur malam la mak semah oiiiii… “
” Mak semah trdiam ek fattah cakap jauh dimata dekat di hati.. malu malu mak semah.. Ghisau ada yg gaduh tarik2 tudung tunang dgn ex tunang abam tah ni haha.. “
Pandai Fattah menyantuni orang yang berusia seperti Mak Semah. Pastinya Mak Semah seronok dapat berjumpa Fattah yang selalu disebut-sebut namanya ketika live. Apa-apa pun, Fattah sememangnya seorang yang sangat humble, peramah dan menghormati orang tua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

