Artis / Selebriti
” Wah cantiknya tunang Shuib. Wedding of the year ni.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Majlis Berinai Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah. Wah Tema Arabic Night Lah. Cantiknya Watie, Dah Macam Orang Arab. Anggun Sungguh Bakal Mempelai Ni !!
Menghitung hari untuk disatukan sebagai suami isteri yang sah, pasangan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah mendapat banyak tajaan untuk perkahwinan mereka ini. Dikatakan tajaan melebihi 1 juta ringgit Malaysia dan majlis ini secara eksklusifnya akan ditayangkan di saluran Astro Ria.
Pada perkongsian terdahulu, video dan gambar Watie dan Shuib untuk majlis khatam Al-quran ada dikongsikan. Ianya antara majlis yang banyak dilakukan oleh bakal pengantin untuk mengambil keberkatan. Watie juga memperdengarkan bacaan surah lazim.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak , telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Watie dan Shuib di majlis berinai mereka. Memilih tema Arabic Night, busana yang dipakai oleh Watie kemas dan cantik sekali. Watie juga kelihatan berseri-seri walau pun wajahnya dilitupi dengan kain niqab jarang seperti orang Arab.

Watie duduk di atas pelamin sambil tangannya dilukiskan dengan inai. Tidak itu sahaja, ramai penari-penari memeriahkan majlis berinai ini dengan tarian mereka. Wah awal betul majlis berinainya, lagi membuatkan warganet teruja untuk melihat perkahwinan Watie dan Shuib.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Wah cantiknya tunang Shuib, Watie di malam berinai tema Arabic Night.. Ni macam party inai, nanti malam sebelum nikah pakai lagi inainya.. ”
” Biar la besar pun, Watie kan anak dar4. dia pun nak merasa diraikan macam ni. Jangan tahu-tahu esok nikah udah.. ”
” Alhamdulillah tahniah Watie dan Shuib.. Wedding of the year ni.. Segak dan anggun kedua pasangan dar4h manis ni.. ”
” Semoga Allah berkati malam berinai.. Awal betul buat malam berinai.. Meriah ny, bukan itu ari baca majlis akad nikah je ke, ne cm lebih meriah ne.. ”
” Cantiknya watie.. bkn tarikh keram4t mggu depan kan. Awal dh pakai inai. Ke utk rakaman ? Ape² pun, moga dipermudah di lancarkan segalanya. Aamin.. ”
” Tah2 dorang nikah awal lg tarikh tu kott.. jumaat ni kee mana tahu hehe.. tapi saya rasa sbb dorang kan nak shooting untuk astro tu.. ”
” Myb time ni je dorang free n tu buat awal agaknya . Lepastu kan ad shoot emas semua tu banyak kerja agaknya.. ”
Wah meriah sungguh nampaknya majlis-majlis sempena perkahwinan Shuib dan Watie ini. Shuib ada katakan sebelum ini, ianya untuk meraikan Watie yang masih anak dar4 dan belum pernah berkahwin. Semua wanita ingin menyimpan memori yang indah ketika ingin berkahwin. Apa-apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

