Artis / Selebriti
” Wah hampir siap rumah Zahirah dan Aiman. Besar tu, rezeki anak-anak.. ” – Netizen
Zahirah Macwilson Muatnaik Video Progress Rumah Barunya Buat Peminat Teruja. Wah Besar Dan Luas Betul Rumah Zahirah Dan Aiman Ni. Part Sunken Lounge Tu Paling Menarik, Elegant Betul !!
Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini menghitung hari untuk menanti rumah idaman mereka siap sepenuhnya. Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Zahirah dan Aiman meninjau pembikinan rumah mereka itu.
Di luar rumah, dipersiapkan ruangan garden. Kata Zahirah, dia sudah jatuh hati dengan landskap yang dibuat walaupun belum siap sepenuhnya. Jelas kelihatan wajah gembira Zahirah melihat laman ini. Seterusnya Zahirah menunjukkan ruangan yang dipanggil Sunken lounge.
Bahagian ini masih dalam proses pembuatan dan Zahirah turut mempaparkan gambar kecil di paparan ini gambaran sekiranya sunken lounge ini siap sepenuhnya. Wah memang nampak mewah dan eksklusif sunken lounge ini. Boleh jadi tempat lepak dan healing.

Rezeki Zahirah dan Aiman dapat membeli rumah sebegini besar dan luas. Harganya pun pasti mahal, sesuai dengan keluasan rumah tersebut. Tak sabar warganet hendak melihat full house tour rumah Zahirah ini apabila sudah siap sepenuhnya nanti.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow wow woww.. akak suka tengok rumah macam ni. Tenang dan nampak mendamaikan jiwa.. ”
” Alhamdulillah rezeki dari Allah.. Rezeki baby nombor dua mungkin kan hehe.. Syukur semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. ”
” Alhamdulillah syukur rezeki Ira dan Aiman.. Semoga Zahirah dan Aiman bahagia hingga ke jannah.. ”
” Best tu, terbaik lah rumah Zahirah ni. Alhamdulillah rezeki anak-anak.. moga bahagia hingga syurga.. ”
Bukan semua orang boleh memiliki rumah impian seperti ini. Rumah yang besar, laman yang luas itu bonus untuk pemilik rumah. Sedikit masa sahaja lagi, Zahirah dan Aiman dapat menetap di home sweet home mereka ini. Seronok lah Isaac ada kawasan yang lebih luas untuk bermain nanti.

Apa-apa pun, semoga proses menyiapkan rumah zahirah dan Aiman ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dijadualkan. Selepas ini, operasi mendekorasi rumah pula la ye Zahirah. Jaga diri dan kandungan serta terus happy Zahirah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


