Artis / Selebriti
” Wah pandai sangat masak Cess ni, mantap Cess. Tak nampak kekok pun.. ” – Komen Netizen
Datin Shahida kongsi video anak daranya, Qadejah Elzahra memasak Asam Pedas Ikan curi perhatian warganet. Wah pandainya Cess masak, ligat sungguh dekat dapur. Masakan kegemaran Hadie tu Cess, hehe..
Anak dara Datin Shahida Dherbs dan Dato’ Aliff Syukri, Qadejah Elzahra semakin banyak muncul menerusi video di akaun media sosial Datin dan Dato’ Aliff. Qadejah yang sudah belasan tahun usianya ini tidak hanya bijak bercakap tetapi juga seorang yang pandai memasak.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qadejah menunjukkan bakatnya memasak. Pada awal video, Qadejah menunjukkan beberapa bahan yang bakal digunakan antaranya bunga kantan, daun kesum dan serai.
Melihat bahan-bahan ini, ianya tidak lain adalah masakan Asam Pedas. Qadejah yang semakin petah berbicara dalam bahasa Melayu ini menunjukkan langkah demi langkah untuk menyediakan juadah Ikan Masak Asam Pedas untuk tontonan warganet. Gelagat Qadejah di dapur meraih pujian daripada ramai.

Walaupun anak jutawan, Qadejah diajar untuk pandai melakukan hal rumah termasuk lah memasak. Terbaik asuhan dan didikan Datin Shahida dan Dato’ Aliff terhadap anaknya ini. Sudah lah cantik, rajin dan pandai memasak pula. Untuk info, menerusi video perkongsian sebelum ini, anak Ina Naim iaitu Hadie ada mengatakan yang dirimya suka Asam Pedas.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, nampak sedap.. bismillah.. Ank jutawan pun masuk dapur. Bagusss sangat family ni. Semua ajaran dri ibu ayah n dri rumah, Tahniah Dato Datin sentiasa ajar anak berdikari Dan bermula dri bawah.. “
” Muka, suara, gaya sebiji mcm mama dia copy paste betul.. Asam pedas cantik mcm bidadari syurga, masyaAllah petah sungguh mulut Ces ni mcm mama papa dia.. “
” Asam pedas yang Hadie cakap tu hehe.. MasyaAllah , cantik, pandai, petah, sopan santun,pandai masak anak solehah betul .. untung mama n abah nya.. “
” Asam pedas favourite hadie ni.. Asam pedas cantik macam tuan yang masak… bidadari syurga siapa ye nanti. suka tengok cess masak.. tak kekok langsung, lincah dekat dapur.. “
” Wah pandai sangat masak Cess ni, mantap Cess. Tak nampak kekok pun.. Dulu Cess belajar masak telur goreng jer, siap naik atas kerusi sbb kecik lagi masa tu.. “
” Baguslah Qadejah ni, naik lah saham macam ni.. Nampak sangat dah terbiasa duk dekat dapur .. Cara pegang senduk , MasyaAllah hebat cara didikan datuk datin.. “
” Subhanallah.. Alhamdulillah.. bagus Cess ni.. tapi kan.. hehemm… Aritu aunty dgr Hadie ada suh Cess belajar masak asam pedas la hehe.. ajak lah hadie rasa masakan cess, mesti lulus ni.. “
Bagus sungguh anak dara Datin Shahida ini. Selain bersopan santun, pandai pula memasak di dapur. Beruntung Datin Shahida ada anak dara seperti ini. Selepas ini boleh lah Qadejah penuhi permintaan warganet untuk melihat masakan lain hasil air tangan Qadejah lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida Dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

