Artis / Selebriti
” Weh kelakar tengok masing-masing lawan teka, tapi maintain je sweet.. ” – Netizen
Video Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Main Games Meneka Biskut Raya Buat Ramai Terhibur. Amboi Syafiq, Bukan Main Confident Dia Jawab Walaupun Semuanya Salah. Lawak Lah, Haha !!
Kisah percintaan antara pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini hangat diperkatakan. Mereka sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga, namun tiba-tiba masing-masing membatalkan perkahwinan saat akhir tanpa memberikan sebarang penjelasan dan ianya membuat para peminat mereka terkejut.
Meskipun perancangan untuk mendirikan rumahtangga tidak jadi, namun Syafiq dan Mimi masih berkawan baik serta masing-masing begitu profesional ketika berkerja bersama. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik HijabistaHub telah dikongsikan video Mimi dan Syafiq bermain permainan meneka biskut raya.
Menerusi video itu, beberapa soalan mengenai biskut raya ditanya dan kedua-dua mereka saling meneka. Kalau dilihat Mimi boleh meneka banyak nama biskut raya berbanding Syafiq. Seloroh Mimi, Syafiq hanya tahu makan biskut semperit sahaja. Telatah Mimi dan Syafiq ini mencuit hati ramai.

Ada peminat berharap semoga kasih sayang antara Syafiq dan Mimi akan terjalin semula serta mendoakan agar mereka akan berkahwin. Sehingga kini, video Syafiq bersama Mimi telah ditonton lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@hijabistahub.official Tengok video ni confirm dapat teka Syafiq Kyle suka makan kuih apa? 😆 #RayaBersamaHH #hijabistahub
♬ original sound – HijabistaHub Official – HijabistaHub Official
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur menonton telatah Syafiq dan Mimi. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Weh kelakar tengok masing-masing lawan teka, tapi maintain je sweet.. Harap2 dorang jadi lah kahwin balik.. Nampak serasi sangat.. “
” Sepadan lah dorg nie.. Suke tgk semoga kekal jodoh dorg smpai ke Jannah amin.. Btw lawa betul baju raya keluaran tahun ni.. “
” Semua engko semperitkan . Semperit kacang lah bagai, hahaa.. Syafiq ni serupa laki aku la. Dia sebut ikut sempat dia je. Sukahati dia nak sebut apa pun.. “
” Syafiq niiii. ko main hentam je ek. janji bunyi kuih.. Mimi power, biasa lah perempuan kan.. Semua jns biskut dia tahu, huhu.. “
” Cepat la kawen uolsss…Sy peminat tegar korang berdua… Sweettt sangat.. Dua-dua ada lesung pipit lah.. Alahai bersemut tengok.. “
” Bagus lah Mimi n Syafiq ni. tak jadi kahwin still kawan baik.. Tapi kan kalau tengok gaya tu macam stay bercinta lagi.. Betul ke tak.. “
” Hahahahahahaha paling lawak Syafiq, penat aku gelak dari awal tgk video ni smpai habis.. Satu pun tak betul, Syafiq2.. “
Alahai Syafiq, bukan main confident lagi jawab kan, tapi semuanya salah. Mimi pun sempat lagi menyakat Syafiq. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat Syafiq serta Mimi. Tak semestinya tak jadi kahwin, tak boleh bersahabat baik kan. Semoga segala urusan mereka berdua sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok hijabistahub.official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



