Artis / Selebriti
” Wow comelnya Ara. Ara dah pandai menyanyi macam abang Ayden.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Bella Astillah, Ara Adreanna menyanyi lagu Afgan, Sampai Jumpa ketika live buat ramai terhibur. Wah sedapnya suara Ara menyanyi lagu ni. Lepas ni boleh berduet dengan Abang Ayden pulak lah kat atas pentas..
Anak kepada selebriti, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen santai bersama anaknya di rumah. Namun kali ini, bukan Ayden Adrean yang menjadi tumpuan utama, sebaliknya adiknya, Ara Adreanna yang dilihat begitu petah menyanyi ketika dirakamkan.
Menerusi video yang dikongsikan, Ara kelihatan cukup yakin menyanyikan lagu Afgan yang bertajuk Sampai Jumpa yang dinyanyikan oleh abangnya, Ayden ketika di pentas Talk To My Manager 2 baru-baru ini. Gelagat comelnya itu membuatkan ramai netizen terhibur, malah ada yang mengatakan Ara mempunyai bakat semula jadi dalam bidang nyanyian seperti abangnya, Ayden.
Ketika video ini dirakamkan Bella dilihat sedang sibuk bersolek. Walaupun sedang bersiap, Bella tetap memberikan perhatian kepada Ara yang tidak henti-henti menyanyi di sebelahnya. Ada juga yang berseloroh mengatakan kedua-dua adik-beradik tersebut bakal mengikut jejak langkah ibu mereka dalam dunia hiburan.

Sebelum ini, Ayden Adrean sering mendapat perhatian ramai kerana kepetahan bercakap dan kebolehannya menyanyi walaupun masih kecil. Kini, nampaknya Ara juga mula menunjukkan bakat yang sama dan berjaya mencairkan hati ramai dengan telatah spontannya.
Jom tonton video di bawah :
@cik.dotty Alololo…Terbaik Ara👍👍👏👏👏 cr live: Bella Astillah #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp
Rata-rata pengikut di media sosial memuji kecomelan Ara dan menyifatkan keluarga kecil itu sentiasa menghiburkan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Woww! Comey Ara, Ara dah oandai menyanyi mcm abg Ayden..so cute, permata2 hati mummy n Daddy Saddiq.. in syaa Allah semoga Ayden dgn Ara menjadi anak yg bijak dan berjaya dimasa depan… “
” WOW pandai bijak.Comel Hemsem..Ayden.Ara.Anak2 Daddy Saddiq. Ara anak manja Daddy.. in syaa Allah aamiin.. “
” Cute lah ara ni, okeyy nanti duet ara dengan abang ayden pulak taw.. ala omeynya.. cerdik btul lah ara nie kan..cepat hafal..
” Padahal lagu nie baru je release..bukan setakat lGu jer hafal,menari pun siap hafal step By step..sama MCM mummy..mmg sesuai lah ngn papa saddiq dia.. “
” Ara lives the camera – the camera loves her…she’s so talente, adorable & cerrdik pulak Tu.. suka bt muka cute2 kenyit mata ,senyum senget2 dia tu geram btl.. “
” Comeyyy.. Mcm Bella.. Tah2 Bella ms kecik2 mcm ni jgk.. Alaa cute betoi.. Semoga membesar sebagai ank yg solehah.. “
” Bijak cerdik, cantik comel..semua dlm diri si Tempoyot ni. Geram weihh tgk gelagat dia ni..mmuahh syg Ara.. Insyallah anak Solehah mamy bella dan family.. “
Gelagat spontannya yang gemar menyanyi bukan sahaja mencuit hati ramai, malah menyerikan lagi suasana keluarga kecil Bella Astillah. Mana tahu, suatu hari nanti Ara pula akan menyinar dalam dunia hiburan mengikut jejak langkah ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Cik Dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

