Artis / Selebriti
” Wow Dekta, jawapan memang tak terlintas dalam kepala ni. Advanced betul.. ” – Netizen
Video Abang Arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous Bertanya Kepada Talita Nak Jadi Apa Apabila Besar Nanti Buat Warganet Terhibur. Amboi Dekta, Bukan Main Impian Dekta Tu. Spontan Betul Dia Jawab, Hehe !!
Meninjau akaun TikTok Ahamdfirdousraissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan abang arwah Siti Sarah iaitu Firdous berbual bersama anak perempuan Sarah, Dekta. Kelihatan Dekta sedang asyik makan ayam goreng yang terhidang di atas meja.
Tanya Firdous ‘ bila besar nanti Dekta nak jadi apa ‘ sambil memberikan microphone kepada Dekta. Kedengaran suara di belakang menyebut adakah Dekta hendak menjadi penjual madu juga. Dengan spontannya, Dekta menjawab dia ingin menjadi seorang isteri yang setia.
Tersipu-sipu dan tersenyum sahaja Dekta dengan jawapannya itu. Sendiri jawab, sendiri malu ni Dekta. Apa lagi, bersorak semua yang lain yang turut sama mendengar jawapan Dekta. Riuh jadinya gara-gara jawapan tak terjangkau dek akal oleh Dekta ini.

Dekta memang nampak lebih matang cara pemikirannya, mungkin kerana ketiadaan ibu sebelum ini membuatkan Dekta banyak berdikari dalam membantu Shuib menguruskan rumah. Tidak mustahil Dekta boleh menjadi isteri yang setia sama seperti arwah ibu yang setia sehingga ke akhir nyawa.
Jom tonton video di bawah :
@ahamdfirdousraissuddin Dekta 😜😜#fyp #shuibwatie #sitisarahraisuddin #fypシ #malaysia #raissuddinfamily #CapCut
♬ original sound – ahmadfirdousraissuddin – ahmadfirdousraissuddin
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Spontan jawapan Dekhta dia nak jadi isteri yg setia Aamiin.. terbaik lah Dekta, jadi macam ibu ye.. ”
” Amboi dekta, pickup line win aihh.. jawapan spontan betul ni dekta hehe.. pen1ng aihh dekta ni hehe.. ”
” Hahah win la dekta.. bukan main anak dar4 sorang ni.. Alahai dekta, macam ibu spontan je jawab.. ”
” Spontan je jawapan dia, macam arw4h ibu dekta ni. Fuyoo dekta, awal ni dekta.. impian memang terpaling win hehe.. ”
” Buat cita-cita lain dekta haha.. jadi isteri yang setia tu lambat lagi sayang.. jauh lagi perjalanan hidup dekta hehe.. ”
” Wow dekta, jawapan memang tak terlintas dalam kepala ni.. advanced betul dekta.. comel je macam ibu spontan jawab.. ”
” Macam arw4h ibu, setia sampai mat1.. bagus lah dekta ni, matang betul pemikiran dia. tapi jauh lagi dekta hehe.. ”
Amboi Dekta, jauh ke hadapan betul pemikirannya. Tak apa Dekta, pegang kuat-kuat impian Dekta itu dan jadikan arwah ibu sebagai contoh. InshaAllah satu hari nanti akan tercapai. Semoga Dekta akan menjadi anak yang solehah selalu dan kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahamdfirdousraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

