Artis / Selebriti
” Wow, Thalita really ada confident jadi singer. Alhamdulillah pengganti Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Thalita menyanyi live di majlis aqiqah dan sambutan hari lahir anak Dato’ Awie raih perhatian ramai. Wah, semakin confident Thalita menyanyi depan orang ramai. Dah macam penyanyi profesional, bagus sangat..
Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah dan anak-anaknya, Thalita dan Matin memenuhi jemputan raja rock negara, Dato’ Awie di majlis aqiqah dan sambutan ulangtahun kelahiran anaknya. Selain sebagai jemputan, Shuib dan Thalita juga menghiburkan semua tetamu yang hadir dengan nyanyian mereka.
Meninjau entry di akaun Tiktok Awie Wings22, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita menyanyi secara live di majlis tersebut. Thalita mendendangkan lagu Cakra Khan berjudul Kekasih Bayangan diiringi pemuzik yang berada di situ.
Mendengar akan suara Thalita, ramai yang memberikan pujian. Suara Thalita semakin bagus dan begitu lunak didengari. Kerja keras Thalita berlatih menyanyi bersama daddynya setiap hari dan ditambah pula Thalita mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi, hasilnya memang wow.

Warganet juga memuji confident level Thalita yang tinggi kerana berani menyanyi di hadapan ramai orang. Thalita ada aura seorang penyanyi dan sedikit sebanyak kehebatan arwah Siti Sarah terkena tempiasnya kepada Thalita. Satu-satunya anak perempuan Siti Sarah dan kini mewarisi pula bakat seni ibunya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@awie.wings22 Doakan thalita , semoga beliau menjadi sepert arwah ibu beliau insyallah 🥰 #awie #foryoupage #fyp #viralvideo #thalita #shuibsepahtu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka
” Sedapnya suara Thalita.. salute lah Thalita, berani dan yakin.. tak ada yang full ke tak puas lah dengar suara Thalita ni.. “
” Dia akan menjadi penyanyi tersohor suatu hari nanti. pasti, betapa ibunya berbangga di syurga.. “
” Good job Talita.. semoga mjadi seperti arwah ibumu yg baik hati, dermawan jujur. bahgia didunia akhirat. mjdi anak yg solehah. Aamiin.. “
” Macam suara arwah ibu dia, Thalita terbaik.. Shui kena bg dia exposure gi ke luar negara .. masuk talent kt sane.. So dr situ dia akn fikir mcm international standard.. “
” Semoga terus dipermudahkan.. terbaik Dekta.. semoga terus success.. suka tengok keberaniaan dekta ni.. “
” Sedap suara adik ada aura penyanyi moga berjaya harumkan nama ibu lagu arwah evergreen.. “
” Wow thalita really ada confident jadi singer .. Alhamdulillah penganti Siti Sarah.. semoga thalita berjaya capai impiannya.. “
Tidak semua orang ada keberanian untuk menyanyi secara terbuka seperti ini. Namun Thalita ada semangat dan keyakinan untuk menonjolkan bakatnya itu. Semoga Thalita berjaya mencapai impian, namun dalam masa yang sama tetap cemerlang dalam pelajaran okey.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Awie Wings22, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

