Artis / Selebriti
” Ya Allah, teruk juga ulsernya. Mungkin tu sebab Allah ambil Akiko untuk rehatkan dia.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Ridzokumura laporan dan gambar scan Gastroscopy ulser perut arwah Akiko. Kesiannya berat rupanya kesakitan yang Akiko tanggung. Allah lebih menyayangi Akiko..
Lebih seminggu sejak pemergian arwah Akiko Okumura, namun kesedihannya masih menebal dalam hati Ridzokumura dan anak mereka, Sky. Kehilangan yang mengejutkan dan ianya bukan mudah untuk mereka berdua redha dengan segala yang terjadi.
Sebelum Akiko pergi buat selama-lamanya, ada beberapa video yang Ridz kongsikan keadaan Akiko ketika berada di hospital. Ketika itu, warganet tidak tahu tahap kesihatan Akiko itu di tahap mana dan hanya Ridz dan Akiko sahaja yang mengetahui serius atau tidak penyakit Akiko itu.
Menerusi perkongsian terbaru Ridz di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar scan yang menunjukkan tahap ulser Akiko. Dari gambar yang dikongsikan itu, warganet dapat melihat penyakit Akiko itu agak membimbangkan.

Kata orang punca kita meninggal semuanya hanya asbab kerana sudah tertulis di luth Mahfuz saat kematian kita. Ini menjadi salah satu kenangan yang Ridz ada untuk mengubati kerinduannya terhadap Akiko. Pemergian Akiko turut meninggalkan kesedihan kepada pengikut yang setia mengikuti perkembangan mereka sekeluarga.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ridz_okumura Syurga buat arwah isteri ku Amin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Selepas kematian siti sarah, akiko slh seorg yg mngalkan kesan smpai harini..kematian dya sgt mengejutkn dan sgt trsa khilangan.. “
” Jatuh tu cuma asbab jeee Allah nk amek arwah.. daun sidratul muntaha arwah dah gugur.. satu je yg sy percaya dri dlu lg.. org yg baik kt dunia ni, Allah suka, Allah syg, sbb tu Allah jmput dia.. “
” Ya Allah .. Teruk sgt ulcernya…. Mungkin tu sbb Allah ambil dia untuk rehatkan dia. Moga Allah ampunkan dosa-dosanya.. Bebaskan lah dr hisab & seksa kubur.. Tempatkanlah dia dlm syurgamu YA ALLAH.. “
” Sebab tengok akiko pun lately sembab teruk makna kata kesihatan dia mmg merosot tp dia tetap tersenyum baik sgtt dia.. “
” Sejak dgr akiko dh xde.. yg aku fikir, akiko ambil ubat slps pbedahan. x stabil, akhirnya terjatuh. pemergian dia sgt baik, sakit dlm perut, jatuh dr tmpat tinggi, reda suami.. xpernah tfikir yg negatif.. “
” Sakit dalam perut, InsyaAllah syahid dan syurga miliknya.. Ya Allah Engkau angkat lah segala kesedihan riz dan sky supaya depa betdua menjadi hambamu yg terkuat.. pelihara la kedusnya.. “
” Al Fatihah buat allahyarham Puan Akiko Aisyah. Teruk jg tgok dr gambar, teringat dgn arwah bapak. Pejuang kanser perut tahap 4. Nama Islam allahyarhamah sama dgn arwah nenek tiri sy,a Chinese lady.. “
Siapa sangka di sebalik Akiko yang selalu tersenyum ketika live menanggung kesakitan sebegini. Dalam keadaan sakit pun, masih tetap memastikan yang terbaik dan sempurna untuk Ridz dan Sky. Yakin dengan kata-kata Ridz, Akiko satu dalam sejuta. Sama-sama kita mendoakan Akiko tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ridzokumura, IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

