Artis / Selebriti
” Ya ampun, lama tak nampak Ellyas, rupanya terbang di awan biru. Makin handsome dan muda.. ” – Netizen
Video Pelakon Wan Ellyas Ketika Bertugas Sebagai Pramugara Raih Perhatian Ramai. Wah Makin Handsome Sekarang Ellyas. Terus Mengimbau Lakonan Ellyas Sebagai Tajul Dalam Drama Dunia Baru !!
Bagi yang pernah mengikuti drama bersiri ‘Dunia Baru’, pasti mengenali salah seorang pelakonnya iaitu Wan Ellyas yang memegang watak sebagai Tajul. Meninjau di akaun TikTok telah tular sebuah video yang dimuatnaik oleh rakan sekerja Ellyas memaparkan Elyas yang sedang sibuk melayan penumpang sebuah syarikat penerbangan.
Biarpun Ellyas kini bergelar seorang pramugara dan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, namun watak Tajul masih lagi diingati di kalangan netizen terutama peminat-peminat Ellyas. Menerusi video bersebut, Ellyas dilihat melayani para penumpang Amal by Malaysia Airlines yang membawa kumpulan menunaikan ibadah umrah.
Dalam pada itu, tulis rakan sekerja Ellyas berseloroh mengatakan disebabkan populariti Ellyas sebagai pelakon, ramai penumpang mahu bergambar dengannya sewaktu sedang bertugas. Perkongsian video ini meraih perhatian warganet.

Ada peminat yang masih tidak menyangka yang Ellyas sekarang bergelar seorang pramugara. Selain itu ada juga mengatakan Ellyas masih kelihatan awet muda meskipun usianya sudah berusia 40an. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 2 juta tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
(Sila tunggu seketika video lambat keluar)
@wahyuhee21 Multitasking terus yee bila partner kau retis ! Hahahhaaha
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ya ampun, lama tak nampak Ellyas, rupanya terbang di awan biru. Makin handsome dan muda.. Tengok video ni auto teringat Tajul Dunia Baru, hehe.. “
” Pramugara rupanya Ellyas.. Lama tak nampak berlakon d tv.. Kenapa nampak makin muda yer, hehehe.. “
” Handsome teruk.. Apesal dia makin mude ek.. Rasenya dh lame dh cerita Dunia Baru tu mase aq sek rendah weii, hahahaha.. “
” Wan Ellyas ni kalau jumpa depan depan dia memang seorang yang peramah . Tak somb0ng langsungggg.. Suka borak.. “
” Teringat dulu dia berlakon drama Dunia Baru dgn rambut menggerbang dia dulu, hensem woo.. Sekarang pun maintain je hensem.. “
” Rajin dia ni, dulu masa dekat U rajin berniaga dengan Adib. Tak sia2, sekarang dah jadi pramugara, haahahahaha rinfu Tajul beb.. “
” Tajul ni remaja sentiasa, huhuhu..T ibe rindu cite dunia baru…Best cite tu.. Ehh jap baru perasan muka dia macam Tyzo suria lah.. “
Nampak mesra Ellyas melayan peminat-peminatnya yang mahu bergambar. Untuk rekod, Wan Ellyas mula dikenali menerusi drama Dunia Baru pada tahun 2006, lakonan bersama Pierre Andre, Elyana, Almy Nadia, Iqram Dinzly, Anne Ngasri dan ramai lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok wahyuhee21, IG ellyasabdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



