Artis / Selebriti
” YB Saddiq dah telan air liur dengar yayang Bella tersasul.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah beberapa kali tersasul memanggil YB Syed Saddiq ‘sayang’ ketika live semalam buat peminat BASS teruja. Pandai Bella cover semula tapi muka YB Saddiq tak boleh nak cover. Tersenyum-senyum YB, sweet sangat..
Pasangan sensasi Bella Astillah dan YB Syed Saddiq kembali bersiaran langsung bersama setelah sekian lama. Sebagaimana promosi oleh Kitsui, 2 duta Kitsui ini mempromosikan rangkaian barangan Kitsui sempena kempen 11.11 di applikasi Tiktok.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syaheera.s dan Nelny777, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live Bella dan YB Saddiq semalam. Banyak moment menarik yang membuatkan viewers teruja menonton live mereka, lebih-lebih lagi ketika Bella tersasul memanggil YB Saddiq dengan panggilan ‘sayang’.
Sememangnya sejak ke udara di Era FM lagi, panggilan istimewa Bella untuk YB Saddiq menjadi teka teki pendengar dan live ini akhirnya mendedahkan gelaran tersebut. Ketika Bella tersasul menyebut ‘sayang’, segera Bella cover dengan membaca komen daripada seorang viewer.

YB Saddiq yang berada di sebelah Bella pula tersenyum-senyum sendiri dan reaksi YB Saddiq itu mencuit hati warganet. Puas YB Saddiq cuba menahan ketawanya sambil memandang ke arah Bella. Moment ini antara yang dinanti-nantikan oleh peminat BASS, ‘vitamin fresh’ daripada tuan badan sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@syaheera.s Bella tersasul ke memang ada komen sayang bella tadi? Siapa yg komen sayang bella tolong munculkan diri ✋🏼🫠 #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #teambass #fyp
@nelny777 15k Views & 4.1 Juta Likes dalam masa 2 jam 👏🏻👏🏻👏🏻 Amazing aura Bass di live Kitsui. Excited sampai jatuh loceng 🤭😁😍#KitsuiMalaysia #bellaastillah #syedsaddiq #amazing
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha perasan part ni tadi, pandai Bella cover ek.. mlm ni yb behave dh tp bella pulak xbehave trspill mcm2 ehh. cpt btl bella cover. xmenahan rse haha.. “
” YB pandai erk control time bella tersasul haha.. padahal dia nk ketawa.. sorang tersasul syg.. sorang lagi dah bijak cover reaction muka.. “
” Smooth je dia punya cover tu.. mesti dah praktis banyak kali.. yb sampai tak boleh bernafas menahan ketawa tu. muka memang penuh dengan subtitle lah yb hehe.. “
” Elele bella tersasul, YB senyum tanpa berkata.. pandai bella cover ek. ok, sayang bagi mini love boleh? Oppsss hahahaha saya suka.. “
” Sayang , Bella panggil yb ,kite dengar, live malam ni macam lepas rindu antara Bella dan yb.. manja je panggil sayang camtu.. YB muka nk cover tapi kami dapat baca tau.. “
” Sayang ekkk, geram nak cubit cubit je hati ni.. Memang best couple kesayangan kita.. pengubat hati yg rindu..manja je Bella disisi Yb..tetap sweet dan serasi bila bersama.. “
” Pandai Bella cover tapi ss macam biasa senyum kantoi haha.. YB Saddiq dah telan airliur dengar yayang tersasul. penat sengih sorang-sorang tengok part ni.. so sweet BASS.. “
Banyak betul ‘vitamin’ daripada BASS sepanjang live Kitsui semalam. Terubat rindu peminat BASS untuk melihat bintang kesayangan mereka ini live bersama-sama. Semoga segala urusan Bella dan YB Saddiq dipermudahkan Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok syaheera.s / TT Nelny777
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

