Artis / Selebriti
” Years of experience helped him control the situation professionally.. ” – Komen Netizen
Video Datuk Aznil Haji Nawawi tersandung kaki ketika naik tangga di Pentas Talk To Manager buat ramai terhibur. Part Paknil buat rewind video tu kelakar, berdekah penonton gelak. .emang pro lah Paknil handle keadaan macam tu..
Umum mengetahui yang Datuk Aznil Haji Nawawi merupakan pengacara untuk rancangan Talk To My Manager. Telatah Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Paknil pada setiap minggu menerusi rancangan tersebut pasti akan membuat ramai tak kering gusi ketawa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram zonlawak, telah dikongsikan video yang memaparkan Paknil telah tersadung kaki di pentas Talk To My Manager pada minggu lalu. Menerusi video itu, pada awalnya, Paknil mahu menaiki tangga pentas, namun begitu kakinya tersadung secara tidak sengaja.
Kelihatan para juri begitu terkejut melihat Paknil dan dengan pantas Paknil terus bangun dan membuat sesuatu yang mencuit hati. Kata Paknil, dia mahu rewind kembali keadaan sebelum dia jatuh dan telatahnya itu membuatkan para penonton yang hadir berdekah ketawa.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Meskipun terhibur, ramai yang memuji cara Paknil mengatasi keadaannya itu ketika rancangan masih bersiaran langsung. Komen warganet, pengalaman Paknil bertahun-tahun bergelar pengacara, membuatkan dia mampu mengawal apa jua keadaan terjadi di pentas siaran.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Years of experience helped him control the situation professionally.. The one and only, Paknil.. All time pengacara no satu..”
” Paknil legend dan rindu zaman dlu2 Paknil mngacarakan prog realiti & smpai skrg msh trasa & tkesima dgn aksi Paknil.. smoga ada lgi kmunculan Paknil.. “
” Sebabtu smpi skrg title pengacara nmbr 1 tetap Paknil always terbaik.. Sangat lah pro dia handle rancangan pentas mcmni.. “
” Dia host yg sangat berbakat.. Very professional.. Suka tengok tau gaya Paknil.. Pastu maintain pula tu awet muda, hehe.. “
” Sebenarnya kan saya tak tau pun Paknil jatuh, tapi Paknil buat rewind.. Tu yg tau ni, hehehehe.. Kelakar lah Paknil.. “
” Ya Allah, rindunya zaman2 uncle nil jadi host. Bring back memory betul.. Semoga uncle nil terus sihat selalu yer.. “
” Tpi bunyi tu dgr mcm nangka busuk gak pak nil, hahaha.. Hahaha… Comel paknil rewind tau.. Banyak kali kita ulang.. Bio pak nil penat.. “
Selain itu, ada yang turut meluahkan rasa rindu mengimbau kenangan menonton rancangan kanak-kanak yang pernah Paknil mengacarakan iaitu Tom Tom Bak. Apa-apa pun, memang hebat lah Paknil, lagi-lagi part Paknil buat ‘rewind‘ video itu. Kreatif sungguh Paknil ni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

