Artis / Selebriti
” You have the biggest and beautiful heart.. ” – Dato’ AC Mizal
Dato’ AC Mizal Kongsi Video Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri Tercinta, Datin Emylia Rosnaida. Kapsyen Dato’ AC Begitu Romantik Dan Menyentuh Hati !!
Dato’ AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini cukup terkenal sebagai selebriti terkenal tanahair. Bermula sebagai penyanyi kumpulan 4u2c, Dato’ AC kini dikenali sebagai pengacara yang berbakat besar di Malaysia. Bukan sahaja berbakat dalam mengacarakan program-program, Dato’ AC juga berbakat dalam bidang lakonan.
Umum mengetahui Dato’ AC merupakan suami kepada seorang selebriti, Datin Emylia Rosnaida. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, namun Datin Emylia adalah insan yang bertanggungjawab untuk menguruskan Dato’ AC. Datin Emylia menjadi orang terpenting dan sentiasa bersama Dato’ AC pada masa susah dan senang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan merpati dua sejoli ini telah dianugerahi dengan sepasang anak iaitu Reeve Damien dan Fea Eryssa. Walaupun cukup sibuk dengan jadual kerja seharian, Dato’ AC sentiasa memanfaatkan masa bersama isteri dan anak-anak. Selain berkongsi tentang pengacaraannya di akaun Instagram miliknya, Dato’ AC juga ada berkongsi gambar dan video keluarga tercinta.

Menerusi tinjuan di Instagram, Dato’ AC telah berkongsi video istimewa dan merakamkan ucapan selamat hari lahir buat isterinya yang tercinta. Bait kata-kata penghargaan Dato’ AC buat isterinya Datin Emylia yang tercinta cukup menunjukkan betapa Dato’ AC begitu mencintai dan menghargai isterinya. Wahhh sweet sangat Dato’ AC ni !
Jom tonton perkongsian video Dato’ AC di bawah :
Perkongsian Dato’ AC mendapat ucapan selamat hari lahir daripada netizen. Antara ucapan-ucapan netizen :
” Cantikknyaa Datin.. Happy birthday datin.. “
” Happy birthday.. May God shower you with blessings today and always. Happy birthday wishes my sister.. “
” Happy besday to u Datin DER, moga DER sihat selalu, dimudahkan urusan dan yg penting bahagia di samping keluarga, amin.. “
” Happy Birthday DER.. Have a wonderful, happy, healthy birthday now and forever.. “
” Happy birthday sista.. so sweet. Moga sentiasa dlm rahmat Allah heb.. “
” Selamat Ulang Tahun Datin. Semoga Allah sentiasa memberikan Taufik, Rahmat, Berkah, Perlindungan, Keselamatan, Rezeki & Hidayah, serta Redha Nya. Amin.. “
” Selamat hari lahir Datin Emylia Rosnaida semoga sihat, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga persahabatan kita kekal selamanya. Salam sayang dan rindu dari kami di Singapura.. “
Sweet sangat cara Dato’ AC bagi ucapan selamat hari lahir buat isterinya, Datin Emylia. Dato’ AC sememangnya suami yang sangat baik dan romantik. Selamat hari lahir Datin Emylia. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan senantiasa berbahagia bersama keluarga yang tersayang. Amin.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Emyliadac
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

