Artis / Selebriti
” Zayne sebut pahit lepang. Comei sangat Zayne cakap gitu.. ” – Netizen
Video Mat Dan Mengajar Anaknya Zayne Cakap Loghat Terengganu Mencuit Hati Peminat. Part Perkataan Salah Sebut Tu Kelakar Sungguh. Yang Mengajar Pun Yakin Je. Hahaha !!
Popular dengan kepetahannya bercakap dalam loghat Terengganu, jejaka dari United Kingdom ini berjaya meraih perhatian ramai peminat. Dikenali dengan nama Mat Dan, wajah kacaknya dan suaranya sering kedengaran di corong radio dan televisyen.
Mat Dan yang sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki digelar Zayne. Dua beranak ini sering membuat video bersama dan dikongsikan di akaun Instagram milik Mat Dan. Berbagai cerita dikongsikan melalui rakaman videonya itu.
Zayne yang kini sudah berusia 2 tahun anak yang sangat comel dan bijak. Sering berbicara dengan daddynya buatkan dia mesra kamera dan petah bercakap. Setiap kali dimuatnaik video mereka, pasti mendapat perhatian dan komen yang banyak daripada penonton.

Menerusi akaun Instagram, Mat Dan berkongsikan satu video sedutan yang memaparkan beliau mengajar anaknya Zayne bercakap perkataan dalam loghat Terengganu. Mat Dan yang sememangnya pekat sebutan Terengganunya itu buat peminat terhibur apabila tersalah sebut perkataan. Sebutan Zayne pun comel sangat, secomel tuannya.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Zayne dan Mat Dan bercakap loghat Terengganu ini menarik perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :
” Zayn cute and clever boy yeayy.. “
” Zayne sebut pahit lepang lebih tepat daripada daddy ye.. “
” Pandai anok mat dang.. “
” Manis letung.. Manis leting la… “
” Aww Zayne sho cuteee “endek tot”.. “
” Pekat ganu Mat Dan.. “
” Comei sangat Zayne cakak gitu.. “
” Hebak Zain. Berrreehhhh bohhh.. “

Untung sungguh Zayne boleh petah bercakap dalam berbagai bahasa ni. Petah dan lincahnya di hadapan kamera memang selalu menghiburkan. Semoga Zayne sentiasa ceria sebegini hingga dewasa. Kami di Berita Kopak berharap supaya Mat Dan sekeluarga sentiasa dilindungi Allah dan gembira selalu. Aamin..
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan, Youtube Channel Mat Dan and Zayne
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

