Artis / Selebriti
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah berduet bersama kakaknya, Putri Aleefa Antasha menyanyi lagu Senja Nan Merah raih pujian ramai. Wah power betul suara masing-masing. Suara Aleefa macam suara Arni Nazira sangat..
Meninjau entry di akaun Tiktok gnola30, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live anak-anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah dan kakaknya, Putri Aleefa Antasha. Merrah dan Aleefa membuat live bersama dan menghiburkan semua dengan nyanyian mereka.
Menerusi video perkongsian ini, Merrah dan Aleefa mendendangkan lagu popular nyanyian Awie dan Ziana Zain berjudul Senja Nan Merah. Suara Merrah pernah viral dan semua tahu kemerduan suara Merrah yang saling tak tumpah seperti Dato’ Awie.
Suara Aleefa pula tidak kurang hebatnya. Memetik komen warganet, ini kali pertama mereka dapat mendengar nyanyian Aleefa. Suara Aleefa dipuji kedengaran lunak dan merdu, tak ubah seperti ibunya, Arni Nazira. Ada juga yang wajah Aleefa begitu mirip dengan Dato’ Awie tetapi Aleefa mewarisi suara Arni.

Sekali pun Merrah dan Aleefa bukan dari rahim yang sama, namun hubungan mereka sangat akrab. Ramai yang kagum melihat keakraban antara kakak dan adik ini. Tak puas warganet mendengar nyanyian duet Merrah dan Aleefa, memang mantap nyanyian mereka walaupun hanya santai-santai sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@ahmadmerrah7 namun aku tetap aku #liriklagu #lirikmusik #viralllll #viralvideos #lagutop #layanje #layanmuzik #laguhits #rocklegend #santai #liriklaguviral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara both pun sedap anak-anak Awie ni.. Merrah rupa mak dia, Aleefa rupa Awie.. Manis-manis anak awie ni.. “
” Awie dan Arni Nazira versi muda.. best diorang ni.. walaupun tak sama ibu namun rapat satu sama lain.. nyanyi santai santai pun padu weh..”
” Kakak dia tu Awie versi perempuan. suara macam ibunya, Arni Nazira. 1st time dengar suara Aleefa nyanyi, best sangat merdu macam Arni.. “
” Hahaha aku tgk Awie tahun 1989 ke tu haha.. sebijik sama. tahun 1989 awie sebijik mcm AhmadMerrah ni.. “
” Tone ayah dh ada , high pitch ayah je belum jumpa. cantik ank dara awie mcm muka arni muda-muda dulu. suara pun iras arni.. “
” Anak laki dpt suara ayah. anak ppuan dpt suara mak nye.. Ank2 Awie hensem n cantek mcm Awie n Arni.Yg lelaki mcm Awie zmn muda.Yg pompuan tu mcm Arni. Ikut mak ayah blh menyanyi dgn baik.. “
” Yang dua org nii memang mirip tokwie … yang kakak sulung mirip ibunya arni nazira.. merrah sebijik suara Awie, yang gitl tu sebijik suara Arni.. bestnya dengar.. “
Sedap suara kedua-dua anak Awie ini. Bak komen warganet, seorang copy paste suara Awie, seorang lagi pula seakan-akan suara Arni. Apabila dua-dua berpadu suara, seperti mengimbau kembali kenangan Awie dan Arni. Jika digilap lagi bakat yang ada, pasti adik beradik ini boleh menjadi penyanyi yang hebat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahmad Merrah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

