Artis / Selebriti
” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
Video reaksi Shuib Sepahtu apabila anaknya, Thalita mengatakan ingin pergi dahulu sebelumnya buat ramai tersentuh. Ada sebab Thalita cakap macam tu. Respon Shuib juga buat ramai sebak..
Meninjau di akaun TikTok milik blackempiressshop, telah dikongsikan satu video siaran langsung yang menampilkan Shuib Sepahtu bersama anaknya, Thalita. Menerusi video tersebut, mereka dilihat berborak santai sambil berinteraksi dengan para penonton yang mengikuti siaran langsung itu.
Menerusi perkongsian tersebut, Thalita dengan jujur menyatakan bahawa jika diberikan pilihan tentang siapa yang perlu pergi dahulu, dia memilih dirinya sendiri. Luahan itu dibuat kerana dia tidak sanggup menanggung kesedihan dan kesakitan sekiranya kehilangan bapanya. Kata-kata yang dilontarkan itu ternyata cukup mendalam dan menyentuh hati ramai yang menonton.
Mendengar luahan anaknya itu, Shuib jelas tidak dapat menahan perasaan sebak. Dia dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak sanggup kehilangan Thalita terlebih dahulu, malah lebih rela jika dirinya yang pergi dahulu. Situasi tersebut memperlihatkan betapa kuatnya kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.

Perbualan mereka menjadi semakin menyentuh hati apabila Shuib turut meluahkan hasratnya untuk menjadi orang pertama yang dapat bertemu semula dengan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Luahan itu mencerminkan betapa mendalamnya rasa rindu Shuib terhadap insan tersayang yang telah pergi.
Tonton video di bawah ini :
@blackempiressshopp Cinta pertama ajar kita rasa… walaupun akhirnya kita belajar melepaskan. 🥲 #shuibsepahtu #shuibsarah #talita #dekta siti sarah raisudin
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak dan pelbagai respon telah diberikana. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ibu sentiasa hidup dalam kehidupan diorg kan.. Sebaknya.. Tak sedar saya pun menangis tengok video ni.. “
” Alfatihah buat arwah Siti Sarah.. Camne Shuib sayang kt arwah begitulah Shuib sayang kt Watie.. Watie lh yg mbuat Shuib bahagia yg mjaga ank2 Shuib dgn penuh kasih sayang.. “
” Aku dah la pns kt sini… Jenuh nk kena sapu air mata la pulak.. Sedih lah dengar luahan Thalita tu.. Nampak masing-masing tak sanggup kehilangan masing2.. “
” Kenapa cakap macam ni Dekta.. Sedih kita orang dengar dekta cakap macam tu.. Al Fatihah buat arwah Siti Sarah.. “
” Masing2 dh tak sggp nak lalui kehilangan org tersayang. Sbb tu masing2 nak pegi dlu.. Pastu berebut2 nk jumpa arwah ibu pula.. Aahhh menangis wehh.. “
” Sakitt rinduu tu smpai sini.. Sedihnyaaa dengar, tak pernah lagi dengar Thalita cakap macam ni.. Nampak Shuib pun tahan sebak tu.. “
” Sumpah tengok live dua beranak ni semalam menangis beb.. Masing2 rindukan arwah Siti Sarah.. Sekali aku pun rasa sedih.. “
Tidak ketinggalan, Thalita juga berkongsi keinginannya untuk menjadi orang pertama yang dapat bertemu arwah ibunya. Perkongsian penuh emosi ini bukan sahaja menyentuh hati Shuib, malah turut membuat ramai penonton sebak dan tersentuh melihat hubungan erat antara bapa dan anak ini yang masih menyimpan kerinduan terhadap insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok blackempiressshop, IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

