Artis / Selebriti
” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Erra Fazira dan Ezwan Zain ketika rehearsal Majlis Resepsi buat warganet terhibur. Adoi masing-masing buat perangai, dua-dua masuk air. Kelakar sangat Mr E dan Erra ni, sekepala..
Majlis Resepsi pasangan sensasi, Erra Fazira dan Ezwan Zain telah pun berlangsung dengan jayanya pada 13 Disember yang lalu. Ramai yang terpegun dengan keindahan majlis ini dan segalanya cukup sempurna baik dari segi busana pengantin, tema majlis mahu pun makanan yang dihidangkan.
Di sebalik kesempurnaan majlis itu, pastinya sesi rehearsal menjadi salah satu penyebabnya. Seperti kebanyakan majlis pasangan selebriti lain, sesi rehearsal akan diadakan untuk memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar. Masa dan pergerakan perlu selari agar ianya tidak nampak kelam kabut.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Izham Wahab dan Eddy Algojo, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika sesi rehearsal sedang dijalankan. Walaupun riak wajah Ezwan yang kelihatan tegas, Ezwan rupa-rupanya seorang yang boleh dikatakan kelakar juga orangnya.

Comel sahaja Ezwan membuat aksi bersahajanya itu. Erra juga tidak kurang lucunya. Ketika sedang berjalan memasuki dewan, Erra membuat aksi menari dengan penuh kelembutan gerak tarinya. Seronok team pengurusan yang berada di situ melihat gelagat pasangan pengantin.
Jom tonton video di bawah :
@izhamwahab gelagat masing2 🤣🤣🤣 #ezwanerra #errafazirafan #rinjanimajestic #ezwanzain #fyp
@eddy.algojo Malam Rehearsal Majlis Resepsi Ezwan & Erra bersama koir. Masa rehearsal pun dah meremang.. @ezwanzain @errafazirawc #CintaAbadi #EzwanErra #BagaikanSakti
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dilayan mcm pertama kali nika weeeiii kalah ank muda Nikah. hihihi kite tngok kite sengeh sorg2.. ya Allah moga kekal hingga ke syurga firdausi.. aminn.. “
” Rehearsal pon bersemut dh.. nampak sgt2 uncle ezwan ni baik dan sgt2 sygkan untie erra. beruntung sgt2 untie erra.. “
” Sangat-sangat sempurna dihari majlis. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan.. rare betul , raja² melayu xd pn bt mcm ni… trsusun langkah… terasa mcm zmn dulu² klasik nye.. “
” Waduhh.. rehearsel pun sungguh2 ezwan santuni erra.. nmpk Mr.E jaga Erra mcm permaisuri… Alhamdulillah org yg tepat utk Erra.. “
” 2 kepala tapi sama je tingkahnya.. comel dua-dua.. Perangai masuk air dua-dua, Sama cantik, sama padan. Tq share.. Tak jemu mata memandang.. “
” Aku minat erra dari zaman ‘selagi ada bintang dan bulan’ sampai lah zaman ‘jendela dan pintu menuju ke hatiku’.. semoga berbahagia selalu Erra.. “
” Gelagat masing-masing bukan main lagi eh. sekepala sangat patut lah boleh ngam. Lovely couple.. semoga berkekalan hingga ke Jannah.. “
Kelakar sungguh perangai pasangan pengantin baru ini ketika sesi rehearsal. Masing-masing suka bergurau dan pastinya ianya akan menjadi penyeri dalam rumahtangga Erra dan Ezwan. Apa-apa pun, semoga berbahagia selalu dan aman damai hidup berrumahtangga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izham Wahab, Tiktok Eddy Algojo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

