Artis / Selebriti
” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
Video Hadie Elfardie dan adiknya, Phyrosh berduet lagu My Heart menghiburkan tetamu di Meet and Greet raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Phyrosh, ngam sungguh berduet dengan Hadie..
Semalam telah berlangsungnya majlis Meet and Greet Hadie Elfardie bersama peminat-peminatnya. Majlis ini dihadiri oleh Hadie sekeluarga, sahabat baik Hadie di Talk To My Manager, Triomut Ammar Haikal dan Oddah serta rakan-rakan mereka.
Banyak acara yang dijalankan sepanjang majlis semalam dan ianya mengeratkan lagi hubungan Hadie bersama kelab peminatnya, Hadie FC. Selain acara cabutan bertuah, Hadie turut mendendangkan beberapa lagu sebagai hiburan untuk semua yang hadir.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nor_zainalar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie berpadu suara bersama adik perempuannya, Phyrosh. Mereka memilih lagu soundtrack filem popular negara jiran Indonesia berjudul My Heart.

Dendangan suara Hadie dan Pyhrosh menyanyikan lagu ini mendapat pujian daripada warganet. Phyrosh memiliki suara yang merdu dan gemersik. Manakala Hadie pula bersuara macho dan cukup jantan bak komen warganet. Kedua-duanya ada bakat menyanyi seperti Ina dan arwah Suhaimi.
Jom tonton video di bawah :
@nor_zainalar Kita belanjer skit hadie & yosh #collectmomentsnotthings #hadiefc #InaXHadie #hadie
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lama2 boleh jd irfan ngn amirah Sibling ni.. Boleh buat lagu berduet, dua beradik mcm lagu metropolitan tu.. Moga yg baik2 utk hadie & yosh.. “
” Terus teringat cerita legend.. HEART.. sedih citer tu.. best nyanyian hadie n yoshh.. Semuga Ina anak anak & suami bahagia Dunia & akhirat InshAllah.. “
” Alhamdulillah gandingan yang hebat Hadie dan Yosh.. Lagu MY HEART.. hadi rupa arwah suhaimi, yosh rupa ina naim.. “
” Yosh masih malu2 lg.. xpe lama2 nnti okla tu.. janji suara sedap.. sdap sore diorg haaaaaaaaa.. alhamdulillah.. x payah da dgn org laen… adek bradek sdr.. Allah pelihara.. “
” Pakej cantik & tinggi yosh ni, rendah sikit dr abgnya jer.. comel adik-beradik ni .. Sedap suara adik abg ni.. “
” Sedap suara dua-dua.. suara yosh macam suara ibu mereka Ina Naim. terbaik menyala adik abang ni.. suka dengar paduan suara dorang.. ada harmoninya.. “
” Sama-sama berbakat Hadie dan Yosh ni. gemersik suara Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul. Tak puas dengar.. “
Berbakat besar dan jika terus digilap bakat kedua-duanya, tidak mustahil Hadie dan Phyrosh bakal menjadi penyanyi pelapis yang hebat. Semoga dilancarkan semua perancangan dan karier seni Hadie dan Phyrosh akan berjalan dengan lancar dan jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nor_zainalar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

