Artis / Selebriti
” Adoi tergelak dengar ayat Hayder ni. Abang-abang sangat.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Sulung Eyra Hazali, Muhammad Hayder Qhalish Menegur Adiknya, Muhammad Endra Haqimie Buat Warganet Terhibur. Amboi Garangnya Abang Ni. Gaya Tu Lawak Lah, Asal Marah Je Silang Kaki. Kata-Kata Hayder Pun Padu, Hehe !!
Menerusi akaun Instagram Eyra Hazali, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qhalish bersama adiknya, Muhammad Endra Haqimie. Menerusi video ini, Hayder menyuruh Endra untuk solat sambil dia berdiri di atas sejadah.
Endra pula tidak mengikut arahan si abang, maka membebel panjang lah si Hayder. Gaya Hayder bercakap dan ayat-ayat yang keluar dari mulut Hayder mencuit hati warganet. Ada masanya seperti melihat gaya Eyra bercakap dan ada kalanya seperti gaya Haziq.
Cara Hayder menjeling manja matanya serupa macam Eyra. Bagi yang mengikuti Eyra dan Haziq, pastinya tahu cara pasangan ini mendidik anak mereka. Semua teguran dibuat secara lembut tetapi dengan nada yang tegas. Itu lah yang dilakukan oleh Hayder cuma kali ini, cuma Hayder ter ‘over‘ marah adik.

Sayang betul Hayder pada adik. Sambil membebel pun, Hayder tetap menggenggam tangan adiknya. Yang melihat gelagat Hayder di dalam rumah pun kena sound dengan Hayder. Nampak lawak tetapi nampak betapa prihatin dan penyayangnya Hayder.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya dia.. awak tu dah besar tau, amboiii haha.. adui tergelak dengar ayat-ayat Hayder ni.. abang-abang sangat ni.. ”
” Hayder suddenly tukar mode abang2 pulak comelnyaaa.. Tengok banyak kali pun tk bosan bagus nya bebel kt adik mcmtu abang risau HAHA.. ”
” Abang marah sampai terkeluar air liur.. bagus abang. abang kena jaga adik k.. ulang banyak kali sebab nk dengar abang bebel pada adik hehe.. ”
” Abang garang tapi comel.. geram je dengan si abang tu.. tak tahan gelak bila dia kata tak dapat dubai.. ”
” Paduu didiknn ibubapanya Salutee.. yang pnting Kaki silangg kalau nk Marah haha.. smga jadi Ank2 soleh solehah utk Ibubapa.. ”
” Comel, kaki wajib silang ye hehe.. abang je boleh amboi amboi haha.. Seorang abang marah adik dalam lembut.. good boy sangat abang ni.. ”
” Parah marah ni, panjang berjela kena sekolah.. Bijaknya abang, garang betul abangnya pun.. tapi penyayang amat.. ”
Alahai Hayder, memang seorang abang yang baik, prihatin dan penyayang. Walaupun abangnya garang, tetapi sempat lagi abang buat lawak. Semoga Hayder menjadi abang yang baik untuk adik dan anak yang soleh untuk mama dan papa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eyra Hazali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

