Artis / Selebriti
” Aduhai baby, terhibur kita dengar tau. Kuat merajuk juga dia yer, haha.. ” – Komen Netizen
Video adik Bell Ngasri, Baby Ngasri menyanyi lagu Madu Tiga bersama sepupunya, Norreen Iman buat ramai terhibur. Part Baby merajuk dengan Norreen tu comel sangat, alahai Baby..
Pelakon Norreen Iman sering berkongsi video menyakat sepupunya, Baby Ngasri yang juga merupakan adik kepada pelakon Bell Ngasri. Setiap kali Norreen memuatnaik perkongsian mengenai mereka, pasti ramai yang terhibur melihat gelagat spontan mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Norreen, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan gelagat Norreen bersama Baby. Pada awal video, Baby dilihat bertanya apakah tajuk lagu yang akan mereka nyanyikan, namun Norreen hanya meminta Baby menyanyi sahaja apa-apa lagu yang disukainya.
Mereka kemudian mula menyanyikan lagu Madu Tiga nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee. Telatah Baby yang menyanyi dengan versi liriknya yang tersendiri sekali lagi mengundang tawa ramai. Selepas itu, Norreen turut memanggil seorang lagi wanita dikenali dengan nama Marisa untuk turut serta menyanyi bersama mereka.

Namun begitu, jelas terlihat Baby seolah-olah cemburu melihat cara Norreen melayan Marisa. Malah, ketika Norreen bertanya umur Baby, Baby tiba-tiba tidak mahu menjawabnya. Reaksi comel Baby mencuit hati ramai. Sehngga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduhai baby, terhibur kita dengar tau. Lagi-lagi part menyanyi tu, haha.. Eiii geram la baby niii. Chomel.. “
” Baby tercabar tu yg terus malas ckp tu.. Ni baru “B” yg sbnr.. Bbyyyyy mmg slayyyyy.. Nk lg vid bby plssss.. “
” Lirik ntah kemana baby,.. Yg penting ada bunyi lagu.. Compiden betul baby yer, hahahahaaa kelakar betul.. “
” Baby merajuk… Malas cakap.. Level merajuk dia kita tengok pun berdekah weh.. Norreen kau lah punya pasal ni, haha.. “
” Kelakar la baby dgn noreen ni….. Diorang berdua ni ngam btul kalau buat video.. Ada je ha buat kita ketawa.. “
” Mata tu mata tu, hahahaa angin kawan nampak Norreen melayan Marisa tu lebih.. Last2 tak nak terus cakap.. “
” Hentam sajalah baby.. Janji netizen suka.. Tak yah susah² piki, hahahaa.. Dia punya selamberrr tu.. Hahahahaa.. “
Apa-apa pun, gelagat bersahaja antara Norreen dan Baby sememangnya menghiburkan ramai. Tidak hairanlah setiap perkongsian mereka sentiasa menjadi tumpuan. Semoga hubungan rapat sepupu ini kekal menceriakan orang ramai dengan telatah mereka yang mencuit hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

