Artis / Selebriti
” Eshan tak random, dia hanya mewarisi perangai tingtong mami dia je, haha.. ” – Komen Netizen
Norreen Iman kongsi video perangai random anak keduanya, Eshan buat ramai terhibur. Terkedu Norreen tengok Eshan punya perangai. Part Eshan kantoi pakai bedak sambil bercakap depan cermin tu paling kelakar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah spontan anak keduanya, Eshan. Perkongsian tersebut mencuit hati ramai apabila gelagat Eshan yang bersahaja itu berjaya menarik perhatian warganet.
Menerusi video berkenaan, pada awalnya kelihatan Norreen sedang menikmati makanan bersama anak sulungnya dalam suasana yang tenang. Namun, suasana tersebut bertukar menjadi lebih menceriakan apabila Eshan tiba-tiba muncul dengan membawa payung.
Lebih mencuit hati, Eshan dengan yakin mengatakan bahawa ketika itu sedang hujan, sedangkan mereka semua berada di dalam rumah. Gelagatnya yang seolah-olah berada dalam dunia sendiri membuatkan sesiapa yang menonton pasti tersenyum melihat keletahnya.

Bukan itu sahaja, Norreen turut sempat merakam secara diam-diam aksi Eshan yang sedang bermain bedak di dalam tandas. Kelihatan Eshan menyapu bedak ke seluruh wajahnya malah hingga ke bahagian kepala. Apabila menyedari dirinya dirakam, Eshan hanya memberikan senyuman polos yang menambahkan lagi kecomelan aksinya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh Norreen ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Eshan tak random, dia hanya mewarisi perangai tingtong mami dia je, haha.. Anak no 2 kan, memang macam tu lah, haha.. “
” Like mother like son.. ANK no 2 hadir, dulu main bedak sampai abis satu badan.. Penyudah naik kelemumur ataş kepala.. “
” Genetik kelakar u memang kuat ek.. Dia mcm mama dia la… Random.. Tapi kelakar sebiji mcm u lah.. “
” Sebab dia kelakar macam akak kak. Akak kena faham tu. Hahahahahhaha.. Just like your mom.. Boy. Tingtong sikit, haha.. “
” Weh hahahaah.. Nak pelik apa mak dia cmnie random jugak.. Berdekah weh tengok ulang2 video ni.. “
” Pakai bedak enchanteur taw dh tu bt joget mcm joget opera chine hahahahaa.. Adoi ank ank mmg mummy sgt.. “
” Dia cakap je “dah macam juon shan” berdekah aku sbb mmg sebijik.. Hahahahahah bersyukur je la kita ada anak no 2 ni , random , tak sempat nak sedih kalau dia bercakap.. “
Seloroh warganet, perangai “random” Eshan itu dikatakan mewarisi sikap Norreen sendiri. Malah, ada juga yang berseloroh bahawa sememangnya anak nombor dua sering mempunyai telatah yang aneh-aneh, namun sangat melucukan. Apa-apa pun, momen-momen seperti inilah yang menjadikan kehidupan seharian lebih berwarna dan penuh kenangan indah untuk disimpan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

