Artis / Selebriti
” Aksi ular tedung tu tak tahan, makin par4h perangai kau sekarang MK, haha.. ” – Netizen
Video MK K-Clique Memperagakan Abaya Milik Isterinya Buat Ramai Terhibur. Amboi MK, Dah Macam-Macam Gaya Keluar. Gelak Besar Hajaar Tengok Perangai Masuk Air Suami Dia Ni, Haha !!
Penyanyi rap, MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar sering menjadi tumpuan, apatah lagi mereka sentiasa kelihatan ‘sweet’ setiap kali muncul di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, MK juga suka menyakat Hajaar sehingga membuatkan Hajaar malu-malu apabila diusik oleh suaminya itu.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok Hajaar, telah berkongsi satu video yang memaparkan MK sedang berlakon menjadi model fashion. Menerusi video itu, kelihatan MK telah menggayakan abaya milik Hajaar berwarna putih dan berjalan menuju ke arah kamera di hadapannya.
Namun apa yang mencuit hati ramai adalah telatah MK, macam-macam gaya mimik wajah dibuat oleh MK. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan sejak MK bergelar suami, MK menjadi seorang yang kelakar.

Bukan itu sahaja, ada peminat berseloroh mengatakan jika Hajaar menjalankan perniagaan Abaya dan MK jadi model, pasti jualan mereka akan laris. Sehingga kini, video MK ini telah ditonton lebih 1 juta tontonan dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok.
Tonton video di bawah ini :
@hajaarsitii KL fashion week 2023, model import dulu rapper katanya. 🙇🏻♀️ Korang kenal ke? #klfw2023
Di ruangan komen, rata-ratanya menyuka perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah MK. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Hajar & MK kalau jual abaya ni confirm laku ter0k.. Abaya Hajar… Ha gituuuu.. Aksi ular tedung tu tak tahan, makin par4h perangai kau sekarang MK, hahaha.. “
” Time dia cekak pinggang tu hahahahaha herlokk, buat gaya ular tu paling kelakar tengok, hahahaha.. Sekali Hajaar pun mengekek ketawa.. “
” Ingat laki I sorang jee perangai mcm nie rupanya dia masih ada geng ada perangai mcm nie, hahahaha.. Boleh pula MK pakai abaya.. “
” Amboi kemain, hahahahahah teruskan menghiburkan isteri anda.. MK sejak2 dah kahwin ni, makin kelakar, hahaha kita tengok pun tumpang gelak sekali.. “
” Hahaahahahaha masuk air lah MK, ni kalau jual jubah comfm laku keras ni, hehee kejap je sold out kalau macam ni, hahaha.. “
” Bila da jd husband, auto ad prangai gini.. Yg penting isteri terhibur, haahahaha moga MK dan Hajaar terus bahagia selalu.. “
” Ya Allah, penat aku gelak tau tengok, tak sunyi rumah ada suami suka buat perangaii mcm tu. hahaha.. Comel dengar Hajaar ketawa, sopan je.. “
Masuk air juga rupanya MK ini. Kalau tak buat Hajaar ketawa memang tak tak sah kan, suka betul menyakat isteri. Peminat tumpang bahagia tengok kehidupan MK selepas bergelar suami. Semoga hubungan rumah tangga pasangan ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok hajaarsitii, IG hairiwhuut
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

